Berita | Bantuan pengurusan mayat bukan Islam untuk B40

KUALA LUMPUR, 11 OGOS : Bantuan kewangan bernilai RM1 juta kini disediakan bagi menguruskan mayat warga tempatan selain Islam di PUSARA HKL.

Usaha ini diwujudkan Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menteri KPKT, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata,
RM500,000 disediakan di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia bagi pengurusan mayat kaum India bukan beragama Islam.

Manakala, katanya, RM500,000 lagi diberi di bawah Program Pembangunan Kampung Baru bagi pengurusan mayat kaum Cina bukan beragama Islam.

“Bantuan kewangan ini adalah bagi meringankan beban, terutamanya di kalangan keluarga B40 yang terjejas,” katanya menerusi posting di laman Facebook hari ini.

Tambahnya, usaha ini juga dapat menyelesaikan masalah kelewatan pengurusan di PUSARA HKL, yang berpunca dari tiada keupayaan untuk membayar kos perkhidmatan pengurusan dan kekurangan sumber manusia untuk pengurusan.

“Saya harap inisiatif ini sedikit sebanyak membantu PUSARA HKL dalam pengurusan mayat yang berada dalam bilik penyimpanan mayat,” katanya. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: