Berita | COVID-19: Thailand rekod kes kematian tertinggi

BANGKOK: Kementerian Kesihatan Awam Thailand hari ini memaklumkan negara itu memecah rekod tertinggi bagi kes kematian harian akibat COVID-19 sejak Mac tahun lalu iaitu 235 kes, menjadikan kes terkumpul sebanyak 6,588.

Thailand juga mencatatkan 19,843 jangkitan harian dengan jumlah kes meningkat kepada 795,951. Dalam tempoh 24 jam lalu seramai 22,806 pesakit dilaporkan sembuh.

Sejak gelombang ketiga COVID-19 melanda Thailand pada 1 April lalu, negara itu telah mencatatkan 767,088 kes jangkitan dan 550,714 kes sembuh dan 6,494 kes kematian yang dilaporkan.

Kali terakhir Thailand melaporkan kes kematian harian tertinggi ialah pada Sabtu lalu membabitkan 212 pesakit, manakala jumlah tertinggi dicatatkan pada hari sama sebanyak 21,838 kes.

Sementara itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) menaikkan amaran COVID-19 terhadap Thailand ke Tahap 4, tertinggi dalam skala amaran agensi itu, dan menggesa rakyatnya untuk tidak melawat negara berkenaan.

“Peningkatan kes yang tinggi di Thailand juga boleh memberikan risiko kepada pelancong untuk dijangkiti walaupun telah divaksin sepenuhnya kerana varian Delta boleh tersebar dengan cepat,” jelas CDC di laman webnya. – AGENSI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: