Berita | Kebun komuniti beri sayur percuma

SEREMBAN: “Niat saya hanya mahu membantu meringankan beban sebahagian penduduk di sini menjimatkan belanja dapur,” kata Ketua Projek Kebun Komuniti, Projek Rumah Pangsa Perumahan Rakyat (PPR) Taman Jasmin Senawang, di sini, Mohd Kamil Abdullah.

Mohd Kamil, 57, berkata penduduk di rumah pangsa berkenaan yang memerlukan boleh mendapatkan sayur berkenaan secara percuma.

Beliau berkata, pihaknya sedar dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kesan penularan pandemik COVID-19, inisiatif itu dapat membantu meringankan beban mereka khususnya dalam berdepan kenaikan harga sayur-sayuran.

“Projek ini dimulakan pertengahan tahun lalu sebagai inisiatif untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Malah, projek ini juga turut mendapat sokongan daripada Jabatan Pertanian Negeri Sembilan (JPNS) dan Sekretariat Muafakat Komuniti, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Terdapat lebih 300 pokok sayuran pelbagai jenis seperti kangkung, kailan, sawi, terung bulat, serai, pandan dan cili kulai ditanam di tapak projek ini termasuk menerusi kaedah hidroponik,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Pesara pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berkata, projek ini mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana ia bukan tanaman jangka panjang seperti durian, nangka dan lain-lain lagi yang mengambil masa lama untuk berbuah.

Beliau juga berkata, majoriti penduduk di PPR itu adalah kategori B40 dan ramai yang terkesan dengan wabak pandemik COVI-19 termasuk kalangan ketua keluarga yang hilang sumber pendapatan.

Katanya, pihaknya bercadang untuk meluaskan lagi projek berkenaan di setiap 42 blok perumahan terbabit supaya lebih ramai penduduk di situ menerima hasilnya.

“Saya sudah menyuarakan perkara ini kepada pihak PBT dan menerima maklum balas yang positif, malah Jabatan Pertanian juga menyatakan kesediaan menyalurkan input pertanian.

“Insya-Allah, diharap projek ini dapat memberi manfaat kepada ramai penduduk di PPR ini,” katanya. – BH ONLINE

oleh Mohd Amin Jalil

kredit foto: Berita Harian/Mohd Amin Jalil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: