Berita | Mastura enggan ikut tuntutan Umno Bahagian Kuala Kangsar letak jawatan

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Kangsar Mastura Mohd Yazid, bagaikan mencurah minyak ke dalam api selepas mengambil pendirian bertentangan kehendak Umno Bahagian Kuala Kangsar.

Mastura yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), berkata beliau istiqamah dalam menyokong ketetapan tidak akan meletak jawatan atau menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, beliau masih meneruskan kerja seperti biasa dan tidak bermakna menyayangi jawatan sebaliknya lebih kepada sayangkan negara dan rakyat.

“Saya masih meneruskan kerja saya seperti biasa. Selain itu saya juga terus setia berjuang untuk parti dan perjuangan Aa Ba Ta (agama, bangsa dan tanah air),” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Mastura turut menyuarakan pandangan, parti Barisan Nasional (BN)/Umno harus terus kuat demi mendepani cabaran Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kelak.

“Hala tuju harus jelas, cermat dan bersasar. Yang penting sekali, kita (Umno/BN) harus mampu menubuhkan kerajaan yang kuat dan membina negara yang berdaulat,” katanya.

Pada 5 Ogos lalu, Umno Bahagian Kuala Kangsar mengingatkan Mastura mematuhi keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bagi menarik semula sokongan terhadap PN dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar Maslin Sham Razman, berkata ini kerana MKT adalah punca kuasa tertinggi parti selepas ketiadaan Perhimpunan Agung Umno.

“Suka saya ingatkan kepada semua pihak khususnya Ahli Parlimen Kuala Kangsar agar mematuhi keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi Umno sebagai punca kuasa tertinggi parti dalam keadaan ketiadaan Perhimpunan Agung UMNO,” katanya dalam kenyataan.

Maslin Sham berkata, Umno bahagian berkenaan memandang serius tindakan Ahli Parlimen Umno yang semakin berani dan secara terang-terangan menentang keputusan yang dibuat oleh parti. – FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: