Berita | Pyongyang bantah latihan bersama tentera Korea Selatan-AS

SEOUL: Pyongyang mengeluarkan amaran terhadap Seoul yang negara itu mungkin berdepan ‘krisis keselamatan serius’ selepas menyertai latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat (AS).

Pegawai Pyongyang, Kim Yong Chol berkata, tindakan Seoul itu menjadi penyebab Korea Selatan hilang peluang memperbaiki hubungan kedua-dua negara.

Katanya, Pyongyang akan membuat pihak berkuasa Seoul sedar mengenai krisis keselamatan yang akan mereka hadapi.

“Korea Selatan menjawab ‘niat baik Korea Utara dengan tindakan permusuhan’ selepas ‘melepaskan peluang memperbaiki peluang meningkatkan hubungan dalaman Korea’,” Kata Yong Chol dalam kenyataan dikeluarkan agensi berita KCNA.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas adik kepada Kim Jong Un, Kim Yo Jong menggesa Washington untuk menarik balik tentera mereka di semenanjung itu.

Yong Chol adalah pegawai kanan kerajaan Parti Pekerja dan bertindak sebagai ketua wakil Kim Jong Un dalam pertemuan di Hanoi pada tahun 2019, seterusnya dalam mesyuarat bersama bekas presiden Donald Trump di Washington.

Tentera AS dan Korea Selatan memulakan latihan bersama semalam, menjelang latihan musim panas tahunan minggu depan, yang sudah lama dianggap Korea Utara sebagai latihan untuk pencerobohan.

Bulan lalu, Seoul dan Pyongyang memulihkan komunikasi rentas sempadan yang sudah terputus lebih setahun lalu dan mengumumkan pemimpin mereka bersetuju untuk membaiki hubungan.

Bagaimanapun, Menteri Pertahanan Seoul mendakwa Korea Utara tidak menjawab panggilan harian yang dilakukan antara dua negara di talian ketenteraan, hanya dua minggu selepas ia disambung.

Ia berlaku selepas Yo Jong, penasihat utama kepada abangnya menggelar Seoul sebagai ‘sombong’ kerana meneruskan latihan ketenteraan itu dan memberi amaran dua negara itu berdepan dengan ancaman keselamatan yang lebih besar. – AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: