Berita | Warga Kanada dijatuhi hukuman mati di China

BEIJING: Mahkamah China menjatuhkan hukuman mati kepada warganegara Kanada, Robert Lloyd Schellenberg kerana menyeludup dadah ke negara itu.

Schellenberg pada mulanya dijatuhi hukuman penjara 15 tahun pada akhir tahun 2018 tetapi diubah kepada hukuman mati beberapa bulan selepas hubungan Kanada dan China ‘terganggu’ susulan penahanan eksekutif Huawei, Meng Wanzhou.

Hukuman mati itu diputuskan seminggu selepas Wanzhou ‘berperang’ di mahkamah di Kanada menentang ekstradisi Amerika Syarikat (AS), kes yang menimbulkan kemarahan China.

Satu lagi keputusan akan diketahui hari ini dalam kes Michael Spavour, kata duta besar Kanada di China, Dominic Barton.

Spavour ditahan kerajaan China atas dakwaan mengintip selepas penangkapan Wanzhou di Kanada.

Mahkamah Tinggi Rakyat Wilayah Liaoning dalam satu kenyataan berkata, fakta yang diperoleh dalam perbicaraan pertama jelas, bukti dipercayai dan mencukupi, sabitan kes tepat, hukuman yang sesuai, dan prosedur perbicaraan sah.

Pendakwa raya mendakwa Schellenberg adalah anggota utama sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang pada tahun 2014 merancang menghantar lebih 200 kilogram (kg) methamphetamin ke Australia.

Sebaliknya, Schellenberg mendakwa dia berada di China sebagai pelancong dan secara tidak sengaja ditipu rangkaian pengedaran dadah daripada seorang lelaki China yang bertindak sebagai penterjemah.

Barton mengutuk hukuman itu dan menuntut keadilan terhadap lelaki Schellenberg.

“Kami menzahirkan penolakan terhadap hukuman kejam dan tidak berperikemanusiaan ini kepada China dan akan terus menentangnya,” katanya ketika mengikuti pendengaran rayuan kes di timur laut bandar Shenyang.

Hubungan Ottawa-Beijing menjadi retak pada Disember 2018 selepas Kanada menahan Wanzhou menerusi waran Amerika Syarikat (AS) atas dakwaan gergasi teknologi komunikasi China itu melanggar sekatan dikenakan terhadap Iran. – AFP

kredit foto: AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: