Berita | WHO gesa pemimpin dunia hentikan ketidakseimbangan agihan vaksin

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menggesa 20 pemimpin utama dunia menggunakan kuasa mereka untuk menamatkan segera ketidakseimbangan terhadap akses suntikan vaksin COVID-10.

Penasihat kanan kepada Ketua Pengarah WHO, Bruce Aylward berkata, mereka sepatutnya ‘malu’ dan sedar situasi akan bertambah buruk sekiranya wujud usaha menyekat penduduk miskin mendapatkan vaksin.

“Ada sekurang-kurangnya 20 orang di dunia ini yang mampu menyelesaikan masalah ketidakseimbangan ini.

“Mereka adalah ketua syarikat besar yang menguruskan hal ini, ketua negara yang mendapatkan sebahagian besar vaksin di dunia dan ketua kepada negara yang menghasilkannya.

“Kita mahu 20 orang yang berani berkata ‘kami akan menyelesaikannya pada akhir September ini. Kami akan memastikan setiap 10 peratus penduduk di setiap negara divaksin’,” katanya dalam sidang media secaya maya, semalam.

PBB sering ‘berang’ dengan pendirian negara kaya yang menguasai bekalan vaksin ketika negara membangun lain bergelut untuk melaksanakan program imunisasi kepada penduduk mereka.

Ketika ini, AFP menganggarkan, lebih 4.5 bilion dos vaksin diedarkan di seluruh dunia.

Di negara yang dikategorikan Bank Dunia sebagai berpendapatan tinggi, 104 dos diberikan bagi setiap 100 penduduk manakala di 29 negara pendapatan rendah pula, hanya dua dos diberikan bagi setiap 100 orang.

Aylward turut menggesa orang ramai memberitahu ahli politik serta ‘taikun’ perniagaan mengenai kebaikan usaha meningkatkan vaksinasi di negara miskin.

“Kita semua harus malu dengan diri kita. Saya mungkin tidak boleh menolong tetapi jika anda menahan vaksin dihantar ke seluruh dunia, bukankah ia memburukkan lagi keadaan pada waktu ini,” katanya. – AFP

kredit foto: Getty Images

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: