Rencana | Biar rakyat tentukan kerajaan, bukan elit terkait rasuah

Malaysia terpaksa berdepan krisis politik yang tidak perlu pada ketika ini.

Ia merupakan krisis yang perlu diselesaikan segera jika aktor-aktor politik sama ada di luar atau di dalam Parlimen melaksanakan moratorium untuk tidak sibuk bermain politik kuasa.

Sebaliknya, mereka semua harus menumpukan kepada usaha menyelesaikan masalah kesihatan dan krisis ekonomi.

Politik yang mahu menggulingkan parti atau pemimpin bagi menggantikan kerajaan hari ini melalui manipulasi dan langkah politik seharusnya dihentikan serta-merta.

Disebabkan situasi buruk yang kita hadapi sekarang ini, kita seharusnya membenarkan rakyat – dan hanya rakyat sahaja – untuk mengubah kerajaan.

Kerana itulah apa yang sepatutnya berlaku dalam demokrasi sebenar.

Biar rakyat tentukan siapa yang patut menubuhkan kerajaan selepas kita dapat mengawal krisis berkembar itu.

Apabila krisis itu tidak lagi mengancam negara kita, maka kita boleh bersedia untuk mengadakan pilihan raya umum.

Terdapat sebab-sebab kuat mengapa rakyat secara keseluruhannya harus memutuskan persoalan penting mengenai siapa yang harus membentuk kerajaan seterusnya.

Pertama, akar kepada krisis politik yang berlaku ketika ini adalah kesan rasuah terhadap Umno dan masyarakat.

Sebilangan pemimpin Umno dikatakan bimbang akan disabitkan dengan jenayah rasuah dan perlu menghabiskan masa beberapa tahun dalam penjara.

Kerana itu, mereka berharap golongan elit baru yang berkuasa dapat membuka jalan untuk membebaskan mereka, disebabkan itu mereka berusaha bersungguh untuk menukar rejim.

Mereka lupa perbuatan mengganggu proses kehakiman akan merosakkan pegangan moral masyarakat kita.

Kedua, sudah tentu ia berkaitan dengan rasuah elit politik dalam skandal 1MDB yang bukan hanya melibatkan elit Umno tetapi juga elit-elit nasional dan rakan-rakan warga asing mereka yang memiliki kepentingan peribadi di mana elit-elit politik itu dapat lindungi.

Untuk melaksanakannya, perubahan dalam kepemimpinan politik perlu dicapai dengan permainan kerusi di Parlimen.

Ketiga, kemungkinan unsur asing dari luar turut terlibat dalam permainan ini di mana ia melibatkan permainan lebih besar dan kompleks dari sudut geopolitik berkait dengan aktor-aktor global berkuasa yang cuba memperluaskan hegemoni global mereka.

Sekiranya watak-watak ini yang sekian lama menganggu politik kita melalui proksi-proksi mereka seperti yang diakui sendiri secara terbuka selepas Pilihan Raya Umum 2018, maka mengapa kita hairan jika mereka terus aktif memperluaskan agenda mereka melalui krisis politik ciptaan mereka seperti yang kita lihat padahari ini?

Pertaruhan kali ini sangat tinggi, rakyat Malaysia tidak boleh membiarkan sekumpulan kecil yang mempunyai kepentingan sendiri untuk membentuk masa depan kita.

Inilah sebabnya mengapa krisis politik yang kita hadapi ketika ini, bukan hanya persoalan menentukan nasib seorang individu.

Kita sebetulnya sedang berdepan penentuan nasib seluruh anak bangsa. – MALAYSIA NOW

Chandra Muzaffar adalah aktivis sosial dan ahli akademik.

kredit foto: Reuters

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: