Berita | Selepas ‘berdemo’ tanpa pelitup muka, Khalid sahkan dirinya positif Covid-19

Terdapat kebimbangan berhubung individu yang memiliki kontak fizikal rapat dengan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kemungkinan dijangkiti Covid-19 susulan pengesahan pemimpin Amanah bahawa beliau diuji positif virus tersebut.

Khalid berkata beliau mengetahui bahawa dirinya positif Covid-19 selepas melakukan ujian kendiri semalam dan kini masih menunggu hasil ujian PCR yang lebih tepat.

Pengesahan Khalid itu dilaporkan selepas sembilan hari beliau dilihat menanggalkan pelitup muka ketika berucap dengan beberapa orang pegawai polis dilihat berada dalam jarak rapat di sekelilingnya sewaktu tunjuk perasaan bersama ahli Parlimen pembangkang lain pada 2 Ogos lalu di luar kawasan Parlimen.

Rakaman acara itu menunjukkan Khalid menanggalkan pelitup muka ketika penunjuk perasaan menghampiri sekatan oleh pihak berkuasa.

Perbuatan Khalid itu turut dikritik Dr Ahmad Samhan, seorang doktor perubatan terkenal di media sosial.

“Kalau pemimpin pun langgar SOP macam mana rakyat nak patuh.

“Kalau rakyat kena kompaun, pemimpin pun patut kena kompaun!

“Siap ada buka mask. Frontliners tepuk dahi tengok,” katanya dalam sebuah hantaran Facebook disertai gambar Khalid bercakap dengan seorang polis ketika ahli-ahli Parlimen berusaha masuk merentas sekatan menuju ke Parlimen. – MALAYSIA NOW

kredit foto: Malaysia Now

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: