Berita | Sultan Johor beri amaran bubar DUN jika wakil rakyat terus bertelagah

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkata baginda tidak akan teragak-agak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor jika wakil rakyat terus bertelagah dan mementingkan diri sendiri sehingga kerajaan negeri sekarang tumbang.

“Saya rasa tidak perlu ada wakil rakyat jika masing-masing hanya fikirkan tentang kedudukan sendiri, bukannya kepentingan rakyat.

“Apabila wabak Covid-19 telah terkawal, saya akan serahkan kepada rakyat untuk memilih ahli dewan yang baru, selepas ini pilihlah betul-betul pemimpin yang jujur dan ikhlas mahu berkhidmat untuk rakyat,” kata Sultan Ibrahim dalam ucapan merasmikan pembukaan DUN Johor hari ini.

Sultan Ibrahim berkata demikian ketika majlis perasmian Pembukaan Penggal Persidangan ke-4 Dewan Undangan Negeri Johor Yang Ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Bahru hari ini.

Beliau turut ditemani Tunku Mahkota Tunku Ismail dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris.

Dalam ucapannya, Sultan Ibrahim turut menasihatkan semua Adun untuk menggunakan sesi persidangan kali ini bagi berbincang dan menyusun pelan tindakan membantu rakyat dan membangunkan semula ekonomi Johor.

“Ahli-ahli dewan tidak perlu berbahas atau membawa usul yang tidak berkenaan.

“Awak semua jangan pentingkan diri sendiri. Rakyat di luar sana tengah susah, ada yang kelaparan, ada yang hilang pekerjaan dan ada juga yang sedang bertarung nyawa akibat wabak Covid-19,” tambahnya.

Menurut beliau, sekarang bukan masa untuk berbalah, sebaliknya wakil-wakil rakyat harus bersatu dan bekerjasama.

“Jangan tanya kepada orang lain apa yang telah dibuat untuk bantu rakyat, tetapi lihatlah cermin muka sendiri,” katanya.

“Jangan cemarkan dewan saya ini dengan perangai yang buruk. Ini adalah dewan yang mulia bukannya dewan sangkar beruk.

“Ingat pesanan saya tuan speaker. Jalankan kerja baik-baik dan suka juga saya ingatkan, yang saya tidak akan melayan permainan politik mana-mana wakil rakyat yang terus bertelagah sampai menganggu-gugat negeri dan kerajaan saya.” – MALAYSIA NOW

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: