Berita | Didik generasi muda analisis kandungan media sosial – Zuraida

KUALA LUMPUR, 13 OGOS : Generasi akan datang perlu dipupuk agar menjadi lebih matang dalam menganalisis sesuatu maklumat di media sosial supaya mereka berupaya membuat keputusan melangkaui sentimen.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, lambakan berita separuh benar dan tidak benar di media sosial telah menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat, dan menyebabkan ada yang bersikap serkap jarang dan cuma berlandaskan sentimen semata-mata.

Tambahnya, maklumat kini sangat banyak dan mudah didapati dari pelbagai laman media sosial dan akhirnya menyebabkan bidang perhatian (attention span) masyarakat menjadi semakin pendek.

“Bayangkan jika seseorang mempunyai akaun Facebook, Twitter, Instagram dan Tik Tok yang menyajikan isu berbeza dalam keadaan terlalu cepat serta banyak, ke manakah perhatian kita harus dihalakan?

“Lebih penting, adakah isu atau kandungan dipaparkan itu benar atau diada-adakan?

“Jadi di sini, kita memerlukan kematangan untuk memastikan setiap maklumat diperoleh adalah benar dan dari situ kita boleh mengambil masa untuk berfikir dan membuat kesimpulan,” tulisnya dalam satu rencana yang disiarkan Berita Harian hari ini.

Zuraida menjelaskan, bagi memajukan negara, masyarakat tidak boleh lagi menyandarkan pergerakan politik hanya atas dasar retorik dan sentimen semata-mata.

Sebagai masyarakat matang, katanya, tahap pemikiran tinggi haruslah dibentuk melalui pendidikan politik sejak awal usia.

“Saya sendiri menubuhkan beberapa institusi pendidikan politik dan pentadbiran sepanjang karier sebagai ahli politik.

“Antaranya, Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor, Program Girl2Leader Malaysia dan akan datang bakal menubuhkan Dare To Lead Academy bagi memastikan kematangan anak muda Malaysia dalam hal politik dapat dididik sejak awal lagi.

Tuntasnya di sini, kita haruslah memupuk diri sendiri dan mendidik generasi akan datang agar menjadi lebih matang dalam menganalisis sesuatu maklumat,” katanya. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: