Berita | Jangan tukar kerajaan, fokus pada rakyat, rayu 175 NGO Islam

PETALING JAYA: Satu lagi memorandum diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pagi tadi, kali ini daripada kira-kira 175 NGO Islam yang merayu Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah supaya campur tangan dalam pergolakan politik yang terus berlaku.

Di bawah payung Gerakan Pembela Ummah (Ummah), mereka merayu Agong dan Raja-raja Melayu agar mengeluarkan dekri kepada pemimpin politik supaya mengutamakan nyawa rakyat Malaysia ketika pandemik bertambah teruk.

Ummah menggesa Agong menghentikan pertelingkahan antara ahli politik kerana bimbang tiada parti yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan baharu, jika kerajaan semasa tumbang.

“Malangnya, pemimpin politik lebih mengutamakan ego masing-masing yang semata-mata berteraskan kepentingan kepartian dan kelompok, bukannya kesejahteraan rakyat terbanyak,” kata mereka dalam memorandum itu.

“Mereka tidak menggunakan Parlimen sebagai tempat untuk mencari kata sepakat bagi memerangi musuh bersama, sebaliknya merosakkan demokrasi dengan cara menyalahgunakannya bagi kepentingan sendiri.

“Patik sekalian berpendapat isu pertukaran Perdana Menteri dan Jemaah Menteri atau pertukaran kerajaan bukanlah perkara yang sesuai dilakukan pada masa ini kerana ia hanya akan menambahkan lagi kecelaruan sedia ada.”

Gabungan itu berkata, tiada jaminan kerajaan baharu boleh mengurus keadaan Covid-19 dengan lebih baik dan memulihkan ekonomi negara.

Beberapa NGO lain sudah menyerahkan memorandum mereka kepada Agong, tetapi meminta perkara sebaliknya daripada apa yang dirayu Ummah.

Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia mendesak Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya meletak jawatan kerana gagal mengurus pandemik, manakala sebuah gabungan hampir 40 NGO mahu Muhyiddin serta pegawai kerajaan lain dipecat atas kegagalan Ordinan Darurat.

Sokongan majoriti Muhyiddin di Dewan Rakyat dipertikaikan selepas 15 Ahli Parlimen Umno dilaporkan menarik sokongan kepada beliau dan kerajaan pimpinannya, sama ada secara terbuka atau akuan berkanun.

Ini menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional kini hanya mempunyai sokongan sekitar 100 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dengan 222 kerusi. – FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: