Buahfikir | Teori Kamal Hatta : Geng Kleptokrat berkuasa kembali?

Dalam beberapa hari belakangan ini, pelbagai formula dan angka dari pakar politik media sosial yang menarik untuk dibaca dan ditafsir.

Aku mendapat kiriman ‘Whatsapp’ pelbagai pertanyaan berkaitan situasi terkini politik. Ulasan kali ini, 2 dalam 1.

Jom kita lihat, Geng Kleptokrat (GK) sedang giat menarik minat semua pihak dalam setiap blok politik. GK wajib jadi king maker kalau tidak mahu berakhir di tirai besi.

Tenangkan fikiran, tarik nafas dalam-dalam. Cuba fikir, apakah ‘exit plan’ kerajaan baru yang dipimpin GK?

Jelas daripada angka yang dikeluarkan oleh AFP, kes Covid-19 meningkat sehingga 13% – 44% secara purata di peringkat global (bukan Malaysia sahaja) dengan kepelbagaian varian yang bermutasi.

Dari sudut Geopolitik pula, saat ini setiap parti politik di serata dunia sedang bersatu dan memberi ruang kepada kerajaan untuk menyelamatkan keadaan.

Pakistan, India, Jepun, Itali, UK dan Amerika bersatu hati di dalam menangani Covid-19 ini. Aku ambil contoh di India. Ahli politik sama ada pemerintah dan pembangkang penuh dengan prinsip ‘real politics ethics’.

Sekiranya Parti Kongres ingin menangguk di air keruh, mereka boleh saja menunggang rakyat untuk turun ke jalan dan melakukan demo jauh lebih besar daripada kanak-kanak baju hitam yang hanya ber’OOTD’ mengacungkan tangan ke udara dengan semangat RT paling tinggi!

Satu dunia tahu India kalau mogok bukan main-main. Kalau mogok lapar tahap ada sampai mati. Kalau kat Malaysia, tidak ada lagi McDonald ditutup terkesan dengan boikot. Paling lama McD kena boikot 2 minggu kalau Palestin kena serang, kemudian jualan McD mencanak semula. Bukan hendak memperkecilkan rakyat Malaysia, tapi suci dan baiknya rakyat Malaysia sering ditunggang ahli politik jahat.

Mereka menggunakan kita untuk laba dan kepentingan peribadi mereka. Politik jahat ini sanggup menggadai keluhuran perlembagaan untuk mencapai hasrat mendapatkan kehendak mereka. Siapa yang pernah belajar ekonomi seharusnya faham sifat kehendak dan keperluan.

Sekarang, rakyat Malaysia perlukan keamanan, kestabilan ekonomi dan urus tadbir baik yang tidak diganggu-gugat bagi melawan wabak ini.

Tapi politik jahat tidak memikirkan apa yang rakyat Malaysia perlu. Politik jahat perlukan kuasa, tamak harta, gadai prinsip dan ada yang nak lari kes.

Apa keuntungan kita memilih mereka yang tidak punya jalan keluar dari kemelut COVID-19?

Bukti kelompok GK ini tidak punya ‘exit plan’, tengok saja aksi mereka di parlimen.
Rata-rata kita mengharapkan perbincangan tentang masa depan Malaysia hampa apabila mereka jadikan dewan mulia ini bagaikan zoo.

Merepeknya aksi di parlimen bagaikan menonton Arena Panggung di Astro Warna – adakah ini harapan Malaysia untuk cari jalan keluar?

Aku tak mahu sentuh bab majoriti. Untuk makluman, setakat ini tidak ada siapa ada majoriti mudah bentuk kerajaan. Namun PM masib mendapat sokongan majoriti ahli parlimen secara keseluruhan.

Namun tidak semua politikus sibuk menangguk di air keroh. Dalam hal ini, aku ‘salute’ Zuraida Kamaruddin.

Ketika geng parti lamanya bersilat rebut kuasa, Zuraida jalan terus kerja melawan pandemik untuk rakyat.

Semalam Zuraida sumbang RM1 juta untuk pengurusan mayat bukan Islam. Tiga hari lepas diumum pula SPNB akan ambil alih pengurusan PPR. Benda ni akan beri manfaat kepada beratus ribu rakyat dan isi rumah.

Aku bukan nak angkat bakul Zuraida, bahkan aku pon tak pernah minta bakul makanan dari Zuraida. Tapi kalau korang cakap ‘real politics’, aku kategorikan tindakan Zuraida sebagai ‘Action Beyond Politics’ – ini Astro Awani pakai ya.

Dikala dia dimaki-hamun pelbagai platfom, dia sibuk gerakkan jentera kementeriannya untuk agihkan vaksin dalam kalangan peniaga gerai dan yang memiliki lesen dari PBT melalui Movak serta pergiatkan sanitasi yang sering dikecam Task Force Selangor.

Baru-baru ni aku terbaca berita berkait sanitasi awam di China. Rata-rata netizennya memuji vaksinasi di Malaysia. Tapi netizen Malaysia sendiri pula yang memaki hamun tindakan sanitasi akibat terpengaruh politik jahat pembangkang.

Zuraida move? Ya dia move untuk kemaslahatan kita. Cina, Melayu, India dia bantu. Bukti depan mata kita. Kalau Kleptokrat berkuasa kembali? Mampukah kita berhadapan dengan itu?

Kita rakyat penuh dengan keluhuran dan kesusilaan. Jangan sesekali terheret dengan agenda ‘GK’ dan Politik Jahat. Naratif mereka sedang dipuncak, kebajikan kita terus terkubur.

Fikirkan dan renungkan. Adakah mereka anda mahukan? – PPI

oleh Kamal Hatta

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: