Rencana | Rumah standard mahal dengan harga mampu milik menerusi DRMM

Manusia bergantung kepada tiga keperluan asas untuk terus bertahan iaitu makanan dan minuman, pakaian dan tempat tinggal. Hilang salah satu daripadanya, tahap kesihatan kehidupan seseorang itu boleh terganggu dan secara tidak langsungnya, masalah sosial akan terlahir. Teori Hierarki Keperluan oleh Abraham Maslow yang ditulis pada tahun 1943, meletakkan keperluan fisiologi sebagai keperluan asas dan yang paling utama untuk meningkatkan pembangunan kehidupan seseorang.

Memiliki sebuah rumah adalah antara impian rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi bagi yang sudah pun berkeluarga, rumah adalah jaminan kepada keselamatan dan privasi, dan juga peningkatan taraf sosial. Namun keadaan ekonomi seseorang menjadi halangan terbesar bagi mendapatkan sebuah rumah yang bukan sekadar ada, tetapi ia mestilah selesa, berkualiti dan mampan.

Oleh itu, Dasar Perumahan Mampu Milik Negara (DRMM) diwujudkan sebagai satu inisiatif dalam memastikan jumlah bekalan rumah mampu milik ditingkatkan supaya lebih banyak peluang dibuka kepada rakyat untuk menikmati faedah ini. Dasar ini juga memastikan rumah mampu milik yang dibina mestilah mengikuti standard yang telah digariskan dari sudut saiz keluasan, reka bentuk, keselamatan, harga dan keselesaaan serta kemudahan setempat seperti dewan komuniti, surau dan kawasan rekreasi.

Selalunya ciri-ciri tersebut hanya ada pada projek perumahan yang mahal dan pastinya amat sukar bagi golongan rakyat terutamanya B40 atau M40 untuk memiliki rumah idaman ini. Namun, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memastikan DRMM menjadi sub dasar untuk menetapkan standard yang tinggi, spesifikasi utama yang lengkap, harga yang bersesuaian dan panduan bagi pembinaan rumah mampu milik.

Pihak swasta, Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan sebenarnya dapat bersama-sama menjadi peneraju kepada indutri pembangunan perumahan mampu milik dan mengawal selia projek ini untuk kepentingan rakyat. Dasar ini juga mengangkat tanggungjawab pihak kerajaan dan swasta dalam memperkasa perumahan mampu milik yang sistematik, mampan dan inklusif supaya akses kepada pemilikan rumah dapat dilebarkan kepada rakyat dan kelestarian kehidupan rakyat dapat dicapai.

oleh MH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: