Berita | AS keluar amaran baharu ancaman pengganas

WASHINGTON: Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran baharu ancaman pengganas menjelang ulang tahun serangan 11 September dan penularan pandemik COVID-19.

Buletin Sistem Penasihat Keganasan Kebangsaan berkata, AS berdepan ‘ancaman persekitaran tertinggi’ daripada pengganas domestik dan ‘mereka yang terpengaruh dengan pengganas antarabangsa’ serta ‘pengaruh kejahatan asing’.

Katanya, pihaknya mengesan peningkatan forum dalam talian dan menyebarkan naratif keganasan ekstremis dan mempromosi aktiviti ganas.

Buletin itu melaporkan, AS menghadapi ancaman ‘semakin kompleks dan tidak stabil’ daripada golongan antikerajaan dan pelampau perkauman akibat pengaruh pihak luar menerus dalam talian.

Buletin yang dikemaskini pada Mei lalu melaporkan DHS memberi amaran yang pelampau akan memanfaatkan kelonggaran sekatan ketika COVID-19 untuk melakukan serangan.

“Ekstremis mungkin berusaha memanfaatkan kemunculan varian COVID-19 dengan melihat kemungkinan pelaksanaan semula perintah sekatan di seluruh AS sebagai alasan melakukan serangan,” kata penasihat DHS.

DHS ditubuhkan selepas serangan 11 September dan secara berkala mengeluarkan nasihat ancaman keganasan.

DHS turut berkata, sekatan tambahan bagi menangani penularan pandemik berpotensi meningkatkan aktiviti keganasan tahun ini.

Katanya, walaupun program vaksinasi dipertingkatkan, jumlah kes COVID-19 tetap meningkat dalam beberapa bulan lalu di AS akibat penularan varian Delta.

Buletin itu turut menyatakan, menjelang ulang tahun ke-20 serangan 11 September, kumpulan Al-Qaeda Yaman, Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP), mengeluarkan majalah propaganda ‘Inspire’ berbahasa Inggeris buat pertama kali dalam tempoh empat tahun.

“Ini menunjukkan organisasi pengganas asing meneruskan usaha mempengaruhi individu di AS yang terdedah kepada pengaruh ekstremis,” kata DHS.

AS menganggap AQAP sebagai cabang kumpulan pengganas paling berbahaya, pernah melakukan serangan dron terhadap pejuang kumpulan itu di Yaman selepas serangan 9 September. – AFP

credit photo: ALASTAIR PIKE/AFP-GETTY IMAGES

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: