Berita | ‘DAP tolak PRU awal, tawaran Muhyiddin’ – Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR: Tawaran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkenaan beberapa reformasi institusi adalah perkara yang sudah lama ditunggu-tunggu pembangkang, namun keikhlasannya boleh dipertikai, selain didakwa tidak kena pada masanya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata sehubungan mana-mana pihak dari kem pembangkang yang tertarik dengan tawaran reformasi itu tidak boleh dipersalahkan kerana mereka berpegang kepada konsep matlamat menghalalkan cara tanpa memikirkan siapa yang membuat tawaran itu.

“Mereka tidak salah dalam mengejar reformasi institusi secara idealistik. Namun kita berhadapan dengan seorang Perdana Menteri yang memiliki rekod melakukan yang sebaliknya, apabila matlamat menghalalkan cara, dalam perkara ini untuk kekal menjadi Perdana Menteri tanpa mengira berapa mahal harganya.

“Reformasi institusi bukanlah permainan politik, kita perlu ada komitmen yang ikhlas dan pengorbanan, barulah kita dapat membawa kemajuan yang bermakna,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri membentangkan cadangan rangka persefahaman rentas parti, mengandungi tujuh perkara yang akan dilaksanakan kerajaan jika usul undi percaya terhadap beliau diluluskan di Dewan Rakyat.

Antara tujuh perkara itu ialah peruntukan tahunan sama rata untuk semua ahli Parlimen, pelaksanaan undi 18 tahun, jawatan Perdana Menteri dihadkan kepada dua penggal dan pembentangan undang-undang anti lompat parti.

Sementara itu, Guan Eng, berkata ketaksuban atau obsesi semua pihak tidak sepatutnya tertumpu kepada siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri.

Katanya, apa yang lebih penting ialah bentuk pelan reset COVID-19 untuk membetulkan kegagalan kerajaan dan rancangan normalisasi ekonomi demi meletakkan Malaysia kembali pada landasan betul.

Beliau berkata, ia sekaligus menunjukkan bahawa pembangkang boleh melakukan lebih banyak reformasi institusi berbanding yang ditawarkan Muhyiddin.

“Jawatan Perdana Menteri bukan milik satu orang sahaja tetapi kelayakan perlu berdasarkan potensi kemampuan dan kapasiti untuk mengatasi pandemik COVID-19, kemelesetan ekonomi dan komitmen terhadap reformasi insistusi bagi mengembalikan Malaysia sebagai negara yang sedang berkembang maju,” katanya.

Guan Eng berkata, pihaknya juga menolak pilihan raya umum (PRU) kerana keadaan semasa pandemik COVID-19 belum menunjukkan tanda positif.

Katanya, komitmen DAP adalah untuk menyelamatkan nyawa dan mata pencarian dengan menumpukan kepada usaha memerangi pandemik.

“Perlunya Program Imunisasi COVID-19 Kebangssan (PICK) yang lancar dan pantas untuk mencapai imuniti berkelompok dengan suntikan vaksin selain bantuan kewangan secara langsung untuk mengeluarkan ekonomi daripada kemelesatan,” katanya. – BH ONLINE

oleh Saiful Haizan Hasam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: