Berita | Lebih 10 juta populasi dewasa lengkap 2 dos

PETALING JAYA: Sebanyak 43.3% atau 10,144,199 populasi dewasa negara menerima dua dos lengkap vaksinasi Covid-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik di Twitter, beliau memaklumkan individu yang menerima satu dos sebanyak 71.4% atau 16,707,566 orang.

Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 26,851,765 dos.

Pecahan mengikut negeri, Labuan terus merekodkan jumlah pemberian dos vaksin tertinggi dengan 87.9% atau 60,212 orang sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19.

“Ia diikuti Sarawak dengan 78% (1,593,319), Lembah Klang 62.6% (3,860,450), Negeri Sembilan 59.4% (483,391) sementara negeri paling rendah menerima suntikan vaksin adalah Sabah 20.8% (573,003) dan Johor 25.5% (691,305),” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 462,860 dos semalam dengan 162,182 adalah dos pertama manakala 300,678 adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. – FMT

credit photo: EPA-EFE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: