Berita | Mesyuarat Kabinet tergempar petang ini

KUALA LUMPUR: Satu mesyuarat Kabinet tergempar akan berlangsung petang ini, ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin difahamkan sudah hilang majoriti.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, mesyuarat yang akan diadakan di Putrajaya itu akan dihadiri oleh menteri-menteri dan timbalan menteri.

Difahamkan, Ketua Whip parti turut akan hadir sama dalam mesyuarat tersebut.

“Selalunya menteri yang menghadiri mesyuarat tetapi petang ini turut melibatkan semua timbalan menteri,” kata sumber ketika dihubungi.

Mesyuarat Kabinet itu diadakan selang 24 jam selepas Muhyiddin mengumumkan pelawaan rentas parti kepada parti-padti di luar PN untuk membantunya meraih undi percaya di Parlimen September ini.

Dalam perutusannya petang semalam, Muhyiddin menyatakan tujuah tawaran kepada ahli Parlimen pembangkang bagi meraih sokongan supaya kerajaan PN kekal berfungsi.

Tawaran berkenaan adalah:

1. Mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja.

2. Rang Undang-undang Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen.

3. Jumlah ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen seimbang.

4. Bersetuju melaksanakan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik.

5. Satu rang undang-undang termasuk rang undang-undang perbekalan yang akan dibentangkan di Parlimen akan dirunding terlebih dahulu dengan semua ahli Parlimen.

6. Satu rang undang-undang hanya akan dibentangkan sekiranya mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.

7. Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan setara dengan Menteri Kanan. – UTUSAN ONLINE

oleh Aslinda Nasir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: