Berita | Russia catat kematian tertinggi korban COVID-19

MOSCOW: Russia semalam merekodkan kematian akibat COVID-19 paling tinggi untuk hari kedua berturut-turut selepas beberapa sekatan pergerakan di ibu negara itu dilonggarkan.

Kerajaan merekodkan 815 kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu dan sebanyak 22,277 kes pula dikesan positif.

Russia, negara keempat dunia teruk terjejas dari segi jumlah kes jangkitan sejak pertengahan Jun lalu akibat gelombang baharu jangkitan berpunca daripada penularan varian Delta.

Dengan angka itu, ia menjadikan jumlah kematian keseluruhan akibat COVID-19 di Russia adalah 168,864 kes, tertinggi di Eropah.

Angka terbabit bagaimanapun hanya disahkan dan direkodkan selepas bedah siasat bagi menentukan punca utama kematian.

Di bawah definisi meluas untuk kematian berkaitan coronavirus, agensi perangkaan Rosstat memaklumkan lebih 300,000 kematian direkodkan di Russia pada akhir Jun lalu.

Semalam, Jabatan Kesihatan Moscow melaporkan bandar itu merekodkan 6,583 kematian akibat COVID-19 pada Julai, yang terburuk sejak pandemik melanda.

Setakat semalam juga, lebih 30 juta daripada 146 juta rakyat Russia sudah divaksinasi, menurut laman web Gogov yang mengumpulkan data berkaitan COVID-19 dari seluruh wilayah negara itu.

Moscow semalam meneruskan langkah melonggarkan sekatan pergerakan selepas Datuk Bandar, Sergei Sobyanin melonggarkan syarat untuk majikan supaya memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus pekerja bekerja dari rumah.

Negara jiran, Georgia yang juga bekas anggota republik Soviet Union terutamanya di Caucasus mengetatkan sekatan pada minggu ini berikutan lonjakan kes baharu jangkitan COVID-19.

Langkah sekatan pergerakan itu diumumkan kelmarin antaranya menggantung perkhidmatan pengangkutan awam di beberapa bandar dan melarang perhimpunan besar-besaran seperti festival, konsert dan acara sukan.

Sekatan pergerakan itu berkuatkuasa hari ini sehingga 4 September. – AFP

credit photo: Reuters

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: