Berita | Sikap diplomatik Muhyiddin wajar diterima

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyifatkan tawaran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk bekerjasama dengan pembangkang sebagai sikap diplomatik terpuji yang wajar diterima demi kestabilan politik di negara ini.

Presidennya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata tujuan utama Muhyiddin menawarkan kerjasama itu adalah untuk memerangi COVID-19 dan beliau bersedia melakukan apa yang perlu untuk memastikan negara berada di landasan yang betul ke arah imuniti kelompok.

“Kerajaan Persekutuan melakukan semua yang mereka mampu untuk menstabilkan ekonomi dan politik.

“Amat menyedihkan apabila beberapa ahli politik tetap berkeras ingin menggagalkan usaha ini seolah-olah mereka hanya memikirkan kedudukan dan bukannya penderitaan rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, Muhyiddin juga menjanjikan beberapa reformasi dan ia seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memastikan usaha ke arah pembaharuan dapat dilaksanakan sementara menunggu pilihan raya umum diadakan.

Sementara itu, beliau berkata, pendapat rakyat di Sabah dan Sarawak berhubung usaha menyelesaikan kemelut politik juga sepatutnya diambil kira.

“Kita di Sabah dan Sarawak seolah-olah hanya menjadi penonton drama politik dan apabila semuanya sudah selesai, kita diminta supaya terima apa sahaja yang ahli politik di Kuala Lumpur rasa adalah yang terbaik untuk Malaysia.

“Adalah penting bagi Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak untuk duduk dan bersatu sekarang. Apa yang kita mahu adalah supaya Kerajaan Persekutuan komited untuk menyokong dan melaksanakan hak wilayah dan kewangan kita yang sudah lama wujud,” katanya. – BH ONLINE

oleh Izwan Abdullah

kredit foto: Firdaus Latif

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: