Berita | Tawaran Muhyiddin: PAS tetap tak terima DAP, Ahli Parlimen Umno tak dimaklum lebih awal

PETALING JAYA: PAS tetap dengan pendirian parti untuk tidak menerima DAP dalam pentadbiran kerajaan, kata Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man.

“PAS tetap tidak setuju kalau DAP berada dalam kerajaan,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Beliau mengulas mengenai tawaran yang dibuat Muhyiddin Yassin berhubung kerjasama bipartisan kepada semua parti.

Presiden Bersatu yang sedang berdepan tekanan dan krisis kepimpinan dilihat cuba menawarkan jalan berdamai untuk semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang supaya memberikan sokongan kepadanya dalam usul percaya di Parlimen bulan depan.

Ditanya sama ada PAS bersetuju dengan beberapa tawaran yang dibuat oleh Muhyiddin, Tuan Ibrahim berkata parti itu melihat ia sebagai jalan keluar untuk kerajaan menghadapi cabaran Covid-19 dan menjayakan program vaksinasi.

“Bagi kerajaan, keutamaan ialah menyelesaikan proses vaksinasi, selamatkan rakyat daripada situasi mencabar ini sebab semua pihak terkesan,” katanya.

Menteri Alam Sekitar dan Air itu juga menegaskan tawaran dibuat Muhyiddin itu terbuka kepada semua parti.

Sementara itu, Timbalan Menteri dari Umno Zahidi Zainul Abidin mendedahkan tawaran Muhyiddin kepada pembangkang untuk mendapatkan sokongan rentas parti bagi membolehkan beliau kekal sebagai perdana menteri tidak dimaklumkan lebih awal.

Bahkan, timbalan menteri komunikasi dan multimedia itu berkata, ia hanya diketahui semasa Muhyiddin menyampaikan ucapan secara langsung dan dipancarkan ke seluruh negara lewat petang semalam.

“Kita pun baru tahu…Jadi, sekarang ini kita nak tengok kerjasama (yang dicadangkan Muhyiddin) itu bagaimana,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman yang yang sebelum ini condong terhadap Muhyiddin berkata beliau juga tidak jelas kerjasama yang bagaimana dinyatakan Muhyiddin.

“Perdana menteri dah buat pengumuman seperti satu bentuk kerjasama, tapi saya tak jelas apa bentuk kerjasamanya.

“Adakah DAP akan masuk PN atau macam mana? Adakah maknanya dia ajak semua orang bekerjasama untuk kepentingan negara dalam bentuk yang macam mana, (kami) nak kena minta penjelasan,” katanya.

Kedua-dua pemimpin Umno itu berkata mereka akan berjumpa dengan Muhyiddin dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara itu. – FMT

kredit foto: Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: