Berita | Covid-19: Kemasukan hospital, ICU semakin berkurangan di Lembah Klang

Kuala Lumpur: Kemasukan ke hospital dan penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan Covid-19 di Lembah Klang sudah semakin berkurangan susulan vaksinasi mencapai 60 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia akan lebih nyata dapat dilihat dalam seminggu, atau dua minggu lagi, selain penurunan kes penularan wabak itu.

Bagaimanapun beliau berkata, di negeri lain seperti Kedah, Johor, Kelantan dan Sabah dilihat kes meningkat dan vaksinasi juga masih bawah 50 peratus.

“Jadi kita perlu tingkatkan vaksinasi dan mengambil contoh di Labuan apabila vaksinasi ditingkatkan hari ini kes Covid-19 hanya satu angka sahaja,” katanya pada sidang media Covid-19, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong, berkata sejak penubuhan Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley, pihaknya menambah kapasiti katil di antara 6,000 hingga 8,000 katil.

Katanya, walaupun jumlah pesakit Covid-19 di Lembah Klang mula menunjukkan penurunan, pihaknya tetap perlu membuat penambahan bilangan katil secara berterusan.

“Purata antara satu atau dua peratus pesakit baharu yang dikesan memerlukan rawatan lanjut di hospital.

“Berikutan itu, kita memerlukan 200 hingga 300 katil tambahan bagi menampung pesakit Covid-19 secara berterusan.

“Buat masa ini, (jumlah katil di Lembah Klang) boleh menampung selama dua minggu,” katanya. – HARIAN METRO

oleh Muhaamad Hafis Nawawi

kredit foto: The Star

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: