Berita | PKN sumbang tilam, ‘isolation gown’ ringankan beban hospital

KUALA LUMPUR, 15 OGOS : Sejumlah 500 ‘isolation gown’ dan tilam pesakit diserahkan kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur semalam bagi meningkatkan kemampuan hospital menghadapi pandemik Covid-19.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, sumbangan itu bagi meringankan beban pihak hospital dalam mengurus jumlah kemasukan pesakit akibat pandemik Covid-19.

“Ini adalah sumbangan fasa kedua bernilai hampir RM70,000 dari Yayasan Komuniti Negara bagi membantu pihak hospital yang kini menghadapi kebanjiran pesakit dalam mengurus krisis Covid-19.”

Beliau berkata demikian selepas Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Nasional, Hizwan Ahmad bersama sukarelawan PKN Wilayah berkunjung ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak di sini semalam bagi menyampaikan sumbangan itu.

Dalam pada itu, Zuraida turut merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak hospital dan memuji usaha petugas hospital dalam melawan Covid-19.

“Terima kasih juga kepada petugas barisan hadapan yang terus cekal memberi perkhidmatan terbaik sejak pandemik ini melanda negara lebih setahun lalu,” katanya. – PPI

oleh MH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: