Rencana | Azmin jalan keluar kemelut politik?

Kalau kita toleh ke belakang sikit, kemelut politik yang berpecah dan berpuak-puak ini pernah terjadi di Selangor pada 2016. Ketika itu Selangor dipimpin Dato Sri Azmin Ali bersama Pakatan Rakyat.

Dalam kemelut perpecahan politik dan negeri pembangkang ketika itu, Azmin Ali perlu bijak mencatur agar sosial-ekonomi rakyat Selangor dapat ditadbir urus dengan baik.

Tindakannya tepat, walaupun tidak populis untuk meneruskan kerajaan Pakatan Rakyat sehingga akhir penggal. Ketika itu, walaupun krisis politik berlaku, namun kerajaan Selangor menunjukkan prestasi yang baik.

Selangor bukan saja stabil, bahkan menyumbang 21.6% kepada KDNK 2017, Kedudukan Kewangan Negeri dari 1 Januari hingga 30 Jun 2017 telah mencapai RM1,476.58 juta iaitu 57.91 % berbanding belanjawan tahun 2017 manakala Prestasi Perbelanjaan pula telah mencapai RM1,400.15 juta iaitu 40.58% berbanding belanjawan tahun 2017.

Bukan saja dalam industri dan ekonomi, prestasi kebajikan rakyat melalui Inisiatif Peduli Rakyat di Selangor menjadi siulan dan ratib rakyat Malaysia. 56 Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) diperkenalkan agar rakyat Selangor terus makmur dan sejahtera. Air Percuma, Kad Perubatan, Bantuan Tusyen, Tabung Anak Selangor dan macam-macam lagi.

Rata-rata ketika itu, rakyat Selangor daripada bayi sehingga ke liang lahad menikmati inisiatif kerajaan negeri. Tidak pelik kalau ada warga kota Kuala Lumpur, Bentung dan juga Negeri Sembilan memilih orang Selangor untuk dijadikan pasangan agar anak mereka kelak menikmati inisatif kerajaan negeri.

FORMULA KERAJAAN CAMPURAN

Bagaimana Dato Azmin Ali mampu membawa Selangor sebagai negeri contoh dan menjadi tanda aras masa depan Malaysia?

Kata kuncinya pimpinan bersama, konsepnya kerajaan campuran.

Pada mulanya Idea ini dipandang enteng oleh mereka yang kononnya strategik dalam PKR itu sendiri. Namun demi kemaslahatan rakyat Selangor, agenda politik peribadi disimpan ketat agar kemakmuran dan kerahmatan Selangor dapat dirasai oleh generasi yang akan datang.

Ketika itu, walaupun PAS merupakan pembangkang bagi kerajaan negeri Selangor, namun kerjasama yang baik kerajaan negeri dan pembangkang memberi manfaat kepada rakyatnya. Walaupun ketika itu kita tidak dilanda wabak Covid-19, namun kepimpinan Dato Azmin berjaya menyatupadukan setiap wakil rakyat menjadikan Selangor masa depan Malaysia.

Pada 2016, walaupun naratif Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan serta 1 Malaysia menjadi arus perdana ketika itu, namun tidak cukup untuk mematikan naratif “Selangor Masa Depan Malaysia”. Ketika itu Selangor hanya menggunakan akhbar dan media alternatif untuk menggembeling kerjasama semua pihak. Ketika ini, Azmin mencipta nama dan legasinya sendiri.

Di Selangor, Azmin Ali telah membuktikan wibawa kepimpinan menyatupadukan perpecahan yang berlaku antara kem-kem politik. Walaupun setiap hari negeri Selangor menjadi sasaran propaganda media utama ketika itu, namun cerita kehandalan Selangor terus berkumandang. Hinggakan ketika itu Selangor menjadi modal politik pembangkang seluruh Malaysia bahawa Pakatan Rakyat layak memerintah.

KEMELUT POLITIK KINI

Sepatutnya, perpecahan dan kemelut politik tidak berlaku memandangkan Malaysia berhadapan dengan musuh utama dunia, COVID-19! Namun gila kuasa, takutkan kes mahkamah dan berahi menjadi PM membawa Malaysia ke lembah hancur.

Ketika negara perlukan pendamai, pengikat dan kepimpinan yang mengutamakan kestabilan demi kepentingan ekonomi sejagat seperti yang telah dilakukan Azmin Ali, kelompok-kelompok ini terus mengacau bagaikan sekelompok virus yang juga tidak punya majoriti! Apa yang penting bagi mereka, kestabilan harus digugat selagi kepentingan peribadi tidak terpenuhi.

Ini gila untuk kita rakyat Malaysia!

Di sini, Azmin Ali sangat wajar untuk dikedepankan. Diulang, Azmin Ali sangat-sangat wajar dikedepankan sebagai jawapan kemelut yang tidak berkesudahan ini. Ketika terdapat banyak usul seperti tidak mahu Anwar Ibrahim, tidak mahu kleptokrat, tidak mahu geng mahkamah, tidak mahu perasuah, tidak mahu DAP; penulis fikir hanya Azmin Ali dan kumpulannya tidak membawa beban ini.

Tentunya, kewibawaan sebagai pemimpin dan sosok yang tidak membawa beban usul menjadikan Azmin Ali calon paling layak menguruskan perpecahan politik kini. Azmin merupakan calon tepat mengemudi kerajaan campuran atas rekod lepasnya mengurus kepelbagaian di Selangor dengan jayanya.

Jangan biarkan geng mahkamah, kleptokrat dan kumpulan yang berahikan kuasa bersekongkol demi kepentingan peribadi. Kalau kita meletakkan nasib Malaysia di depan dan kehendak majoriti rakyat yang menolak rasuah, kleptokrasi dan penggila kuasa PM, inilah jalannya.

Semoga usul ini dipertimbangkan sebelum Malaysia karam terus ditebuk tikus-tikus politik. – PPI

oleh Pintu Tembaga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: