Berita | 720 penduduk warga emas, OKU terima vaksin menerusi MOVAK

SKUDAI, 16 OGOS : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah melaksanakan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) dua hari lalu di sini.

Seramai 720 penduduk yang terdiri dari kumpulan warga emas, komorbid serta orang kelainan upaya (OKU) telah berjaya menerima vaksin jenis Sinovac.

Penduduk terdiri dari mereka yang tinggal di kawasan Taman Jaya, Kampung Sepakat dan Kampung Laut.

Pengarah JBPM Negeri Johor, Dato’ Haji Yahaya bin Haji Madis berkata, program ini adalah program yang kedua melibatkan JBPM Negeri Johor setelah program serupa di Dewan Raya Kg Dato Onn Jaafar, Larkin pada 3 Ogos lalu.

“Lokasi seterusnya akan ditentukan bergantung kepada ketersediaan vaksin yang akan diterima.

“Dalam program ini, seramai 50 petugas telah digerakkan bagi menjayakan proses vaksinasi,” katanya.

Turut hadir ke program berkenaan adalah Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Dato’ Dr Aman bin Rabu. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: