Berita | Lelaki sedang memandu maut ditembak

Sungai Buloh: Lelaki sedang memandu maut ditembak di Jalan BRP 2/1, Bukit Rahman Putra di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafaa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.30 tengah hari ini.

“Kami dimaklumkan seorang lelaki berusia 42 tahun ditembak ketika memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Range Rover di lokasi berkenaan.

“Siasatan awal di lokasi mendapati mangsa ditembak sebanyak empat das tembakan dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada 2.15 petang.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pihak polis di talian 03-61561222. – HARIAN METRO

oleh Nurul Hidayah Bahaudin

kredit foto: Ihsan Pembaca

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: