Berita | ‘Saya boleh ambil jalan mudah bersekongkol dengan kleptokrat, tapi tidak’

KUALA LUMPUR, 16 OGOS : Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak akan sesekali mengorbankan prinsipnya dan bersekongkol dengan kleptokrat bagi menyelamatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

“Saya boleh mengambil jalan mudah dengan mengorbankan prinsip saya untuk kekal sebagai perdana menteri. Tetapi itu bukan pilihan saya.

“Saya tidak akan sesekali bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat, mengganggu kebebasan badan kehakiman dan membelakangi Perlembagaan Persekutuan semata-mata untuk kekal berkuasa,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas tadi.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas segala kelemahan menjadi Perdana Menteri.

“Saya dan rakan-rakan dalam Jemaah Menteri telah cuba melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi kehidupan saudara-saudari sekalian dalam tempoh krisis yang kita hadapi pada masa ini.

“Saya berharap kerajaan baharu dapat dibentuk dengan segera supaya pentadbiran negara ini tidak terganggu dan dapat berjalan seperti biasa,” katanya. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: