Rencana | Bakul Bayi Prihatin : Inisiatif Wanita Muda Negara beri sokongan keluarga terjejas Covid-19

Wabak Covid-19 telah memberi kesan kepada semua golongan, baik yang muda atau yang tua. Seperti ‘Dominoes Effect’, jika satu golongan terkesan pastinya golongan yang lain secara langsung akan turut terasa kesannya.

Apabila ekonomi negara terpaksa ditutup untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19, ramai yang hilang pekerjaan dan simpanan terpaksa dikeluarkan untuk menampung perbelanjaan harian. Menurut laporan daripada Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2014, anggaran kos bagi barangan keperluan bayi secara bulanan boleh mencecah antara RM100 hingga RM1,000 sebulan.

Oleh itu bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh kaum ibu dan keluarga, Dr. Daroyah Alwi bersama Wanita Muda Negara Kapar telah menggerakkan program bantuan Bakul Bayi Prihatin. Program ini telah pun masuk ke fasa dua dengan 350 penerima menikmati bantuan tersebut.

Bakul Bayi Prihatin ini adalah bantuan berbentuk pek makanan bayi, lampin bayi dan barangan keperluan bayi yang amat diperlukan oleh keluarga yang terjejas sumber pendapatan akibat daripada ancaman wabak Covid-19 ini.

Selaras dengan kepentingan penjagaan kesihatan bayi dan kesihatan mental keluarga yang dicadangkan oleh pertubuhan Zero To Three, bantuan Bakul Bayi Prihatin ini juga berperanan sebagai satu bentuk sistem sokongan moral kepada keluarga terjejas bahawa mereka tidak bersendirian dalam menghadapi waktu getir seperti hari ini.

Semoga inisiatif ini dapat dicontohi oleh semua pihak dengan harapan agar tiada satu golongan pun yang tersisih daripada mendapatkan bantuan sepanjang wabak Covid-19 melanda negara. Kegusaran rakyat sekarang ini adalah kemampuan mereka untuk terus bertahan sepanjang wabak ganas ini wujud.

Menjadi tanggungjawab hakiki setiap wakil rakyat yang dilantik untuk menjaga kebajikan rakyat yang memilihnya. Walau apapun kemelut yang berlaku, keutamaan harus diberikan kepada rakyat dan bukan yang sebaliknya. – PPI

oleh MH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: