Rencana | Manfaatkan kemajuan teknologi perangi jenayah

Setiap kali mendengar nama China, majoriti masyarakat akan terfikir tentang Covid-19 atau juga dikenali sebagai pandemik koronavirus. Namun, tahukah kita bahawa China merupakan negara yang mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) terbanyak di dunia? China sehingga kini mendapat julukan negara pengawasan (surveillance state) melihatkan betapa ketatnya pemerintah memonitor rakyatnya melalui CCTV.

Kes jenayah di Malaysia saban hari masih dilaporkan tanpa pernah menunjukkan penurunan yang konsisten, malah terdapat juga beberapa kes jenayah yang semakin hari semakin meningkat. Contohnya, kes samun bersenjata pernah dilaporkan pada Mei lalu di sebuah kedai emas dalam pasar raya di Jalan Gombak. Selain itu, kes samun rumah juga kerap berlaku, terutamanya di perumahan dan kampung-kampung yang tiada kawalan keselamatan yang ketat.

Kes-kes jenayah lain juga turut membimbangkan rakyat walaupun telah banyak usaha dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak berwajib. Tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin yang menggunakan ICT, iaitu dengan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dilihat berkesan dalam membendung kadar jenayah di Malaysia.

Selaras dengan dunia berteknologi kini, penggunaan teknologi maju seperti kamera litar tertutup (CCTV) ini seeloknya ditingkatkan lagi, baik dari segi jumlah pemasangan mahupun dari segi kualiti CCTV tersebut supaya dapat memudahkan kerja-kerja PBT di samping dapat melahirkan bandar selamat. – PPI

oleh Anas Ahmad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: