Rencana | Menyantuni anak muda Klang melalui ‘gaming’

Seiring peredaran zaman, aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat pada era itu juga akan berubah. Anak muda terutamanya adalah golongan masyarakat yang sentiasa dapat dilihat perubahan kecenderungan dalam aspek cara bersosial dan juga hobi. Dengan peningkatan kebolehcapaian terhadap telefon pintar dan kemudahan internet yang semakin baik di Malaysia, anak muda mula menunjukkan minat dalam e-sukan.

Permainan video kini tidak lagi terhad di dalam bilik bermain seorang diri, dan tidak juga memerlukan peralatan perisisan komputer yang canggih. Cukup dengan pelan data yang laju dan telefon pintar yang bersesuaian spesifikasinya, anak muda boleh bersosial dan berinteraksi antara satu sama lain melalui permainan video secara atas talian.

Antara permainan video atas talian yang popular dan menjadi fokus anak muda sekarang adalah Mobile Legend.

Bukan setakat bermain semata-mata tanpa manfaat, Mobile Legend yang tergolong dalam kategori e-sukan kerap kali mengadakan pertandingan dan kejohanan, baik di peringkat kebangsaan ataupun peringkat lokal. Kejohanan dan pertandingan ini menawarkan jumlah wang kemenangan yang besar sehingga berjumlah puluhan hingga ratusan ribu ringgit.

Perikatan Nasional Klang yang dipimpin oleh Nallan Dhanabalan melihat e-sukan sebagai sesuatu yang positif dan terus mengajak anak muda Klang menubuhkan pasukan ‘PN-Klang E-Sport’ sebagai medium untuk anak muda Klang yang bermain Mobile Legend mempunyai peluang berentap di pertandingan dan kejohanan yang ada. Untuk menggalakkan lagi penyertaan anak muda, PN Klang menganjurkan terlebih dahulu kejohanan mereka sendiri iaitu ‘Klang Mobile Legend Tournament’ dan berjaya mengumpulkan lebih 100 orang anak muda di Klang untuk sama-sama menunjukkan bakat masing-masing.

Keterbukaan Nallan Dhanabalan yang juga merupakan Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Klang ini untuk menyokong minat anak muda serta memberi galakan kepada mereka dalam bidang e-sukan wajar dipuji dan dicontohi oleh wakil-wakil masyarakat yang lain. Realitinya, masih ramai ibu bapa di Malaysia memandang serong dengan industri e-sukan, kerana dianggap membuang masa dan tiada masa depan. Justeru, apa yang dilakukan PN Klang ini telah berjaya membuka minda dan mata ibu bapa untuk menyokong minat anak-anak muda.

Di negara luar seperti di Amerika, Eropah dan China, industri e-sukan adalah satu nama besar dan ramai anak muda yang menjadikan e-sukan sebagai satu profesion. Lebih menarik, di Malaysia sahaja pada tahun 2019, industri sukan menyumbang sejumlah USD633 juta kepada ekonomi negara. Malaysia yang berada pada kedudukan ke-21 dalam pasaran ‘gaming’ global, juga tergolong dalam pasaran terbesar industri ‘gaming’ di Asia Tenggara.

Semoga lebih ramai pihak membuka mata dan melihat perkembangan industri gaming dan e-sukan terutamanya di Malaysia sebagai sesuatu yang positif kerana hobi anak muda yang tampak seperti membuang masa ini sebenarnya menyumbang, bukan sahaja kepada ekonomi negara malahan kepada aktiviti sosial anak muda yang lebih sihat. – PPI

oleh MH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: