Rencana | Merakyatkan pengurusan tenaga melalui SWCorp

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) mensasarkan untuk menjadi agensi yang mengangkat agenda global bagi membantu dan merealisasikan usaha kerajaan dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

SDG yang dimaksudkan adalah matlamat ke-11 dan 12 iaitu Bandar Mampan dan Penggunaan Yang Bertanggungjawab bagi memastikan corak kehidupan dalam kawasan perbandaran yang sejahtera dan pola penggunaan serta pengeluaran dan penggunaan tenaga yang efisien bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Selaras dengan usaha berkenaan, SWCorp kini menfokuskan peningkatan kadar kitar semula negara dan pengurusan sisa makanan berdasarkan petunjuk global indeks pembaziran makanan serta indeks sisa makanan dengan mensasarkan 40 peratus kadar kitar semula pada 2025.

Melalui ekonomi kitaran, aliran sisa di Malaysia menggantikan ekonomi linear (linear economy) yang mana sisa ini dijana semula bagi menjana pendapatan dan tidak lagi berakhir di tapak pelupusan, tetapi melalui proses perawatan sisa.

Dengan itu ia dihasilkan sebagai sumber baharu seperti pengomposan, pencernaan anaerob, sisa ke tenaga.

Melalui kewujudan bandar pintar, SWCorp menyediakan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lebih sistematik dengan kepelbagaian teknologi sebagai penanda aras dan perbandingan dengan bandar lain di peringkat antarabangsa yang pastinya turut diperkukuhkan lagi dengan pelancaran Dasar Kebersihan Negara pada 2019 di bawah Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Bergerak ke hadapan, SWCorp mahu Kadar Kitar Semula Negara terus meningkat. Pada masa ini, Kadar Kitar Semula Negara telah meningkat 30.67 peratus pada 2020 berbanding lima peratus pada 2005.

Bagi mencapai peningkatan ini, sudah pasti memerlukan pembabitan semua pihak bermula daripada masyarakat, industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan.

Antara inisiatif SWCorp dalam kalangan komuniti ialah Trash to Cash. Inisiatif ini membuka mata hati masyarakat bahawa sisa pepejal khususnya barangan kitar semula mempunyai nilai berbanding dibuang ke dalam tong sampah.

SWCorp mengharapkan pembabitan masyarakat yang lebih serius dan berterusan dalam menguruskan sisa pepejal dengan lebih bijak dan menjaga kebersihan persekitaran.

Pada masa sama, kolaborasi bersama NGO dan aktiviti kesedaran serta pendidikan kepada rakyat akan ditingkatkan sehingga mereka bersedia dan menjadi pelopor usaha menjaga kebersihan negara sebagaimana amalan yang terdapat pada masyarakat di negara maju seperti Jepun dan Eropah. – PPI

oleh HAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: