Rencana | MOVAK : Inisiatif terbaik percepat vaksinasi di Selangor

Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) yang dilancarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bulan lalu di Ampang kini semakin aktif digerakkan ke seluruh Negeri Selangor.

Program inisiatif bersama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) ini tidak lain adalah bagi menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang bertujuan meningkatkan jumlah pendaftaran dan penerimaan vaksin di kalangan rakyat.

NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) digerakkan sebagai nadi sukarelawan MOVAK bagi menguruskan tiga skop kerja iaitu Unit Panggilan, Unit Mobilisasi dan Unit Jangkauan Komuniti.

Unit Panggilan ditugaskan untuk menghubungi mereka yang tersenarai melalui MySejahtera bagi mengingatkan tentang temujanji vaksinasi. Manakala Unit Mobilisasi pula berfungsi untuk menyediakan pengangkutan bagi mengambil mereka yang mempunyai masalah kenderaan untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Selain daripada itu, Unit Jangkauan Komuniti pula digerakkan untuk mengenalpasti dan mendaftarkan penjaja pasar malam, pasar tani, pasar pagi, pasar basah dan lain-lain peniaga yang termasuk dalam kategori penjaja dan berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Selain Ampang, beberapa lagi PKN parlimen di Selangor telah menggerakkan sukarelawan di kawasan masing-masing untuk membantu, antaranya Klang, Kapar dan Pandan.

Program gandingan bersama dua kementerian ini seiring dengan arahan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu semua jentera kementerian digerakkan bagi membantu gerakan Vaksinasi Kebangsaan untuk mencapai sasaran 80 peratus “herd immunity” menjelang Oktober tahun ini.

Secara keseluruhannya, KPKT amat komited dalam beberapa inisiatif ini khususnya membantu merancakkan Program Vaksinasi Kebangsaan agar Negara segera memutuskan rantaian COVID-19. – PPI

oleh HAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: