Rencana | PBT sebagai ejen mensejahtera bandar
Tahukah anda jumlah PBT adalah sebanyak 149 buah PBT (termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), iaitu 12 buah Dewan/Majlis Bandaraya (DB / MB), 39 buah Majlis Perbandaran (MP) dan 98 buah Majlis Daerah (MD)?
Terkini ialah Majlis Daerah Putatan dan Majlis Daerah Pitas, Sabah.
Terdapat juga beberapa badan lain yang diberi kuasa Kerajaan Negeri masing-masing untuku melaksanakan fungsi-fungsi PBT seperti PBT Kulim Hi-Tech, Perbadanan Putrajaya dan sebagainya.
PBT mengambil tugas untuk menyelia kawasan dan mensejahterakan komuniti dengan pelbagai kemudahan, infrastruktur, program dan kempen kesedaran penduduk. – PPI