Buahfikir | Teori Kamal Hatta: Pemimpin politik bodoh
Tajuk ini pasti mengundang marah orang politik. Paling tidak makcik bahagian mesti geram nak cubit budak Kamal ni.
Tapi rileks la, benda boleh gaduh buat apa nak bincang. Jom kita tengok situasi politik kacau bilau disebabkan keberahian seorang individu. Biarlah aku gelarkan individu ini Anu.
Strong, formidable dan convincing selama lebih dua dekad menyebabkan sindrom dyscalculia, di mana individu yang mengalami sindrom tersebut bingung melihat nombor. Parah!
Sindrom parah ini berlarutan hingga menghasut rakyat dan sekumpulan anak muda hilang waras percaya kerajaan Muhyiddin gagal.
Pemimpin yang meruntuh ketika krisis bukanlah pemimpin!
Tindakan bodoh ini bukan saja membodohkan sekelompok kumpulan meruntuhkan kerajaan yang sedang giat menjalankan proses vaksinasi dan 1001 inisiatif dari Prihatin kepada Pemulih.
Dek akal pemimpin tamak, rakyat dan negara ini rugi.
Telah diulang berkali-kali, Covid-19 dan krisis ekonomi ini bukan Malaysia saja yang hadap, tapi satu dunia sedang diselubungi tangisan rakyat kerana hilang orang tersayang.
Untuk Anu menggunakan isu ini bagi menarik publisiti, bagaikan menangguk di air keruh.
Selepas puas menunggang semangat budak-budak muda, Anu mula mengatur strategi. Dia mula main belakang.
Depan TV, konon-kononnya marah dan jijik pada geng penjara. Puas dia berlakon dan menafikan. Tetapi di balik langsir, berbekalkan semangat yang sama untuk merebut kuasa, Anu dan geng penjara rupa-rupanya sudah jadi tag team.
Politik rebut menang kalah ini bukan cara Muhyiddin. Jika mereka ini mahu rebut kuasa, Muhyiddin pula mahu kongsi kuasa. Sanggup pula dia ajak pembangkang kerjasama, siap mahu bagi Ketua Pembangkang pencen.
Semuanya semata-mata untuk redakan perang politik, lawan pandemik dan kukuhkan ekonomi rakyat. Jelas tindakan Muhyiddin ini memberi ruang kepada semua parti politik untuk bersama-sama untuk keuntungan rakyat.
Tapi datang pula penentangan membabi buta dalam tempoh cuma 6 jam. Pelawaan tersebut ditolak. Ada pula yang buat laporan polis dan SPRM, konon-kononnya apa yang Muhyiddin tawarkan itu rasuah. Sedangkan Muhyiddin buat begitu untuk redakan gelojak nafsu Anu dan geng penjara.
Cerita mudah, tawaran Muhyiddin itu sebenarnya berbunyi, “ Nak kuasa sangat kan? Ambillah, aku bagi sikit dulu. Tapi sekarang ini jomlah kita buat kerja. Fokus selesaikan Covid dulu.”
Penolakan puak-puak ini terhadap tawaran Muhyiddin cuma pamerkan satu benda : Mereka langsung tidak peduli pun Covid-19 ini selesai atau tidak. Yang penting jadi PM, jadi PM, jadi PM. Itu saja ratib mereka.
Agaknya bau busuk politiking mereka ini sudah dihidu, muncullah seorang individu bernama Tony Pua yang setuju dengan tawaran Muhyiddin.
Namun kerana Anu dan geng penjara ini bijak menghasut di media sosial, Tony Pua sendiri hampir-hampir tenggelam dengan tsunami makian konsisten daripada penyokong yang percayakan naratif rasuah tersebut.
Pada aku, hanya mereka yang berakal akan nampak sisi hujah Tony Pua dengan tawaran ‘rare’ ini. Korang bayangkan, tawaran ini akan mengubah corak politik negara 360 darjah, selari dengan idea asal reformasi.
Tawaran ini akan mudahkan kerajaan urus Covid-19 dan untungkan rakyat sendiri. Malangnya segelintir dari kita gagal faham!
Akhirnya selepas bergelut-gadai rebut kuasa, habuk pun tidak ada. Kerajaan PN masih lagi dapat sokongan majoriti, pembangkang pula semakin jauh dari kerusi Perdana Menteri. Penyokong DAP mula tersedar, tindakan ahli politik bernama Anu ini hanya merugikan mereka.
Sinar kebodohannya makin terpancar, sehingga penyokong DAP sendiri mula ajak DAP untuk ‘move on’ dari Anu. Lebih menggeramkan, kadar penurunan kes kronik Covid-19 paras 4 dan 5 di hospital kian menurun. Malah, para doktor juga mula menggunakan #adasinardihujungterowong, menunjukkan keadaan negara semakin pulih.
Cuma aku nak tanya kepada geng demo baju hitam, apa yang korang dapat sekarang?
Ada antara mereka dapat jangkitan Covid di sana. Khalid Samad pula, terjangkit Covid dari himpunan pembangkang. Nah ambik kau! Harap-harapnya Khalid Samad tak lupa guna Ivermectin. Dalam parlimen kau jerit macam beruk kata ubat meragukan itu alternatif untuk Covid-19 ni.
Cukup-cukuplah dengan mainan politik yang merugikan rakyat. Pada ketika ini, kerajaan Muhyiddin sudah mula tunjuk pelbagai hasil positif.
Yang terus-terusan gagal itu adalah percaturan nombor kiraan PH. Bukan setakat merugikan mereka, tapi naratif yang dibawa telah membuatkan rakyat sedar, PH bukan lagi sebuah gabungan relevan untuk menerajui negara. – PPI