Rencana | Apa kita perlu tahu mengenai Afghanistan

KENAPA RAKYAT MEREKA LARI TINGGALKAN NEGARA?

Mereka risau negara mereka akan berada dalam keadaan huru hara atau risau Taliban akan melaksanakan balas dendam keatas mereka yang bersekongkol dan jadi talibarut Amerika atau kerajaan.

Mereka juga takut Taliban akan melaksanakan undang-undang Islam yang keras. Ini kerana pengalaman mereka bila Taliban berkuasa di Afghanistan dari 1996 – 2001 dahulu, wanita dilarang ke sekolah dan bekerja diluar rumah. Mereka juga diwajibkan untuk memakai burqa dan perlu ditemani oleh mahram apabila berada di luar. Taliban juga haramkan music, memotong tangan pencuri dan merejam penzina.

Tetapi, kali ini, Taliban berjanji akan menonjolkan pentadbiran yang lebih moderate berbanding zaman dahulu. Sejak ambil alih Ahad lalu, mereka berjanji dan umumkan untuk menghormati hak-hak wanita, mengampunkan sesiapa yang pernah menentang mereka dan melindungi Afghanistan daripada digunakan sebagai sarang pengganas. Namun, ramai rakyat Afghanistan yang agak ragu-ragu dengan janji-janji tersebut.

APA YANG TERJADI DI AIRPORT KABUL?

Ribuan rakyat Afghanistan menyerbu kesana dengan harapan untuk keluar dari negara itu kerana khuatir dengan corak pentadbiran Taliban yang pernah mereka alami 2 dekad lalu.

Sesetengah mereka terlalu terdesak, mereka sanggup bergayut di tayar dan pintu luar jet US tersebut yang sedang bergerak di landasan untuk terbang (take-off) tetapi terjatuh apabila jet mula berada di udara. Tentera US terpaksa menggunakan helicopter dan menembak di udara untuk menyuraikan mereka. Sehingga kini, sekurang-kurangnya 7 orang dilaporkan mati di airport Kabul.

KENAPAKAH TALIBAN MENGAMBIL ALIH?

Mungkin kerana askar US sedang bersiap sedia untuk menarik diri dari negara itu pada hujung bulan ini. Tentera US sedang berusaha untuk keluar dari Afghanistan sejak beberapa tahun dahulu. Ia adalah peperangan yang paling lama buat mereka.

Tentera US telah menewaskan Taliban dalam tempoh beberapa bulan sahaja apabila mereka melancarkan serangan untuk menghapuskan Al Qaeda yang dipercayai menjadi dalang kepada serangan 9/11. Tetapi selepas itu US menyedari ia satu kerja yang sukar dan sia-sia untuk mengawal sesebuah wilayah dan cubaan membina semula negara yang pernah runtuh akibat peperangan.

Apabila US mengalihkan focus mereka kepada Iraq, pihak Taliban mula ambil kesempatan untuk berkumpul dan bersatu semula beberapa tahun kebelakangan ini dan mengawal beberapa wilayah luarbandar.

Tahun lepas, Donald Trump mengumumkan pelan pengunduran dan menandatangani perjanjian dengan Taliban untuk menghadkan tindakan ketenteraan US keatas mereka. President Biden pula apabila mengambil alih pentadbiran mengumumkan pasukan tentera akan berundur menjelang penghujung Ogos.

KENAPA PULA PASUKAN KESELAMATAN AFGHAN LUMPUH?

Jawapan mudah ialah RASUAH!

Selama ini, pihak US dan sekutu NATO menyalurkan berbillion dollar sepajang dua dekad untu melatih dan melengkapi pasukan keselamatan Afghan. Tetapi kerajaan pro barat Afghanistan dipenuhi dengan rasuah. Komander mereka memberikan butiran yang berlebihan dalam mengemukakan jumlah askar yang ‘wujud’ untuk meyonglap segala sumber yang disediakan tetapi para tentera di lanpangan kurang serba-serbi termasuk peluru, bekalan perang, malah makanan.

Moral tentera semakin merudum apabila semakin jelas US dalam perjalanan keluar dari negara itu. Memadangkan pihak Taliban semakin mara kebelakangan ini, keseluruhan unit tentera mereka menyerah diri dengan tekanan yang sangat singkat dan Kabul jatuh ke tangan Taliban tanpa sebarang pertempuran dan pertumpahan darah. Presiden tidak mampu untuk mengerah tentera mengawal dirinya, istananya apatah lagi negara.

APA TERJADI DENGAN PRESIDEN AFGHANISTAN?

Dia lari!

Presiden Ashraf Ghani menyerah diri dan membuat beberapa pengumuman awam apabila Taliban mula menawan negara itu. Pada Ahad lalu, setelah mereka mula memasuki bandaraya, Presiden meninggalkan Afghanistan dengan berkata dia telah memilih untuk lari bagi mengelak sebarang pertumpahan darah. Dia dikatakan melarikan diri ke Turkmenistan sebelum hilang ke tempat yang tidak diketahui.

APA BIDEN KATA?

Biden tak sangka apa yang berlaku di Afghanistan terlalu cepat dan mudah sebegitu sahaja dan menepis sebarang tuduhan yang melibatkan tindakannya membawa keluar bala tentera US.

KENAPA RAMAI MENYAMAKAN AFGHANISTAN DENGAN KEJATUHAN SAIGON?

Kejatuhan Saigon ke tangan tentera Vietnam Utara pada 1975 menandakan berakhirnya Perang Vietnam. Ia menjadi symbol kepada kekalahan ribuan tentera Amerika dan sekutu Vietnam mereka. Ribuan tentera US dan sekutu mereka diangkut keluar dari Vietnam dengan helicopter. Setiausaha Negara US menolak sebarang usaha menyamakan apa yang berlaku di Saigon dengan Afghanistan dengan berkata “ini bukan satu manifestasi Saigon”.

APA AKAN BERLAKU SETERUSNYA DI AFGHANISTAN?

Setakat ini masih belum jelas.

Taliban mengumumkan mereka mahu membentuk sebuah kerajaan yang inklusif dan Islamik. Mereka sedang berunding dengan beberapa ahli politik senior termasuk pemimpin dari kerajaan lama.

Mereka telah berjanji untuk melaksanakan undang-undang Islam tetapi mengalakkan kaum Wanita untuk menyertai kerajaan mereka dan menyediakan suasana yang selesa dan mengembalikan kehidupan normal selepas perang yang berdekad-dekad lamanya.

Tetapi, ramai rakyat Afghan yang masih ragu-ragu dengan Taliban malah khuatir dan takut dengan corak pemerintahan mereka yang ganas dan menekan. Rakyat Afghan juga berasa sangat risau dengan keselamatan negara itu bila ribuan banduan dibebaskan dan pihak tentera kerajaan menjadi layu dengan kemaraan Taliban.

APAKAH PERALIHAN KUASA KEPADA TALIBAN BUAT KAUM WANITA?

Ramai yang takut hak mereka akan disekat.

Sejak kejatuhan Taliban, kaum wanita telah mendapat pelbagai kelebihan. Tetapi dengan kembalinya Taliban, mereka khuatir mereka akan sekali lagi dipaksa untuk duduk dirumah. Namun, pihak Taliban mengatakan hak wanita akan dihormati dibawah perundangan Islam tapi tidak memberikan perinciannya.

APAKAH TALIBAN AKAN KEMBALI MENJADI SARANG AL-QAEDA?

Taliban telah berjanji akan mempertahankan Afghanistan dari digunakan sebagai sarang bagi serangan keatas negara lain.

Namun, Pentagon mengatakan bahawa kumpulan extremis seperti Al-Qaeda akan kembali dikumpulkan di Afghanistan dan memberi amaran pertumbuhannya akan lebih cepat dari yang dijangkakan.

Perkembangan teknologi sejak 20 tahun lalu membolehkan US menyerang mana-mana suspek militant dalam sesebuah negara seperti Yemen dan Somalia dimana US tidak mempunyai pasukan tentera tetap disana. Taliban telahpun mendapat habuan mereka dengan penglibatan mereka dalam peristiwa 9/11 maka diharapkan merka serik untuk ia berulang.

Harapan untuk melihat Taliban akan menekan puak IS masih jadi tanda tanya kerana Afghanistan dikenali sebagai tempat group IS melancarkan serangan mereka keatas puak Syiah. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: