Berita | Pemimpin, penyokong PH mula tolak Anwar
DAMANSARA, 19 OGOS: Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua menyatakan kekecewaan dengan pimpinan Pakatan Harapan (PH) melalui satu hantaran di laman Facebook miliknya, semalam.
“Mungkin ini masanya untuk beli lukisan baru. Dah dapat satu cadangan. ‘The Unbearable Lightness of Being Stupid.’ Ada yang setuju?” katanya.
Hantaran itu mendapat lebih seribu komen kerana kebanyakannya melihat ia menerangkan tentang Presiden PH, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang gagal mendapat majoriti ketika mengadap Yang di-Pertuan Agong semalam.
“Pergilah percaya dengan penipu (Anwar Ibrahim) tu lagi. “Saya ada nombor!” Sungguh malang tidak ada pimpinan PH yang dengar nasihat anda,” tulis salah satu komen di hantaran itu.
“Kebodohan yang berulang-ulang,” tulis komen lain.
Tony Pua sebelum ini menasihati Anwar Ibrahim dan pimpinan PH untuk mengambil peluang berbincang dan menerima tawaran ‘Reformasi Politik’ yang ditawarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memastikan kumpulan ‘kluster mahkamah’ tidak kembali berkuasa. – PPI
kredit gambar: TheMalaysianReserve