Berita | PN mahu barisan menteri baru sifar kes mahkamah
KUALA LUMPUR: 19 OGOS: Perikatan Nasional (PN) mahukan Ahli Jemaah Menteri yang bersih daripada kes jenayah jika Datuk Seri Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru.
“Sekiranya dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau (Ismail Sabri) hendaklah memastikan Jemaah Menteri yang bakal dilantik nanti terdiri daripada mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah,” kata pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pencalonan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri itu adalah secara bersyarat, iaitu mesti selari dengan prinsip PN untuk menjadi kerajaan berintegriti.
“Kerajaan PN di bawah pimpinan beliau juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep Raja Berperlembagaan,” katanya. – PPI
kredit gambar: Bernama