Berita | Vaksinasi negara berjaya, 50 peratus dewasa selesai dua dos
KUALA LUMPUR, 19 OGOS : Negara berada di landasan tepat bagi mencapai sasaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) apabila 56.2 peratus atau 11,743,096 penduduk dewasa negara ini berjaya melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 semalam.
Menerusi infografik di Twitter, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menyatakan sebanyak 75.3 peratus telah menerima dos pertama.
“Hari ini, lebih 50 peratus populasi dewasa negara sudah lengkap divaksinasi.
“Kita di landasan tepat bagi mencapai sasaran yang ditetapkan untuk PICK.
“Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terbabit. Usaha gigih selama ini perlu diteruskan,” katanya. – PPI