Buahfikir | Teori Kamal Hatta : 92 harapan terkulai layu

Aku suka dengan angka 92 ini. Nampak ‘strong, convincing and formidable’.

Apakan daya, duka lara, hancur musnah dang dang dang. Harapan setinggi gunung berubah menjadi debu. Sekali lagi aku tengok kelibat angka ini seperti nombor ‘first price’ di kedai toto tapi akhirnya tersasar lagi. Aduh! Rasa macam terkena petikan ‘drop B’ – berat didengar dan keras untuk difahami.

Akhirnya hujah pengikut si pentaksub nombor ini terkulai. Yang diratib-ratib hari ini adalah ‘hero kalah dulu’ dan lebih ekstrim lagi, ‘orang jahat selalu menang, orang baik selalu kalah’. Hujah ini, bagi aku, amatlah malang. Permainan angka ini diulang-ulang sejak tahun 2008, dan masih ada pentaksub yang percaya.

Sumpahan apakah ini?! Tawaran telah dibuat secara terbuka, namun sikap angkuh dan hilang waras membuatkan si pemilik nombor terus meratib kegagalan azali. Aku tak faham sangat dengan si pemilik nombor ini. Mengikut numerologi, sepatutnya angka ini bersifat manusia madani.

Namun bila si pemilik nombor ini yang pakai, serupa tong roro jadinya. Malang sungguh! Sepatutnya pengukuhan dan kestabilan memerangi musuh utama iaitu Covid-19 jadi keutamaan bagi memastikan rakyat Malaysia selamat. Ini tidak, ditangguknya air keruh. PM tak dapat, nasib rakyat dijudikan.

Sangat jelas kini, silat politik yang dipelajari masih belum lepas maqam sepatutnya. Kail cuma sejengkal, lautan nak diduga. Buktinya, sekali lagi, tiga parti politik tidak menghantar apa-apa sokongan terhadap si pentaksub nombor. Sekali lagi, dengan terang lagi disuluh, dia kena main.

Tak cukup itu, dia turut ditekan penyokong komponen kerana menolak cadangan kerjasama mantan PM. Selepas terbukti secara kukuh dia tersekat di angka 92, pemimpin komponen dikecam penyokong sendiri. Sudah-sudahlah meratib angka kerana sumpahan angka itu jelas menyelubunginya.

Aku yakin satu plot drama baru akan dicorak si pentaksub nombor untuk memastikan nama dan sosoknya kekal meniti di bibir rakyat. Kali ini, jalan telah berbeza. Corak pemikiran rakyat juga lebih matang. Rakyat lebih jelas dengan kronologi yang dipaparkan. Rakyat tidak akan diperbodohkan lagi untuk kepentingan politik peribadi. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: