Buahfikir | Budiman, licik dan bodoh
16 Ogos 2021 – 19,740 kes Covid-19 dengan 1,424,639 kes kumulatif manakala 1047 kes ICU – Tarikh ini jadi saksi 15 orang UMNO tarik diri daripada menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Ketika negara sedang giatkan usaha vaksinasi, sekumpulan manusia merancang menjatuhkan Abah. Mereka berjaya, akhirnya ahli parlimen dari UMNO naik sebagai PM. Kalau inilah yang dikatakan strategik big brother, UMNO memang licik.
Politik memang perlukan kelicikan. Tapi apa yang lebih besar dari licik? Budiman.
Akur dengan tidak ada majoriti akibat 15 orang UMNO tarik diri dari PN, Muhyiddin ambil keputusan letak jawatan. Sebelum itu, Muhyiddin buat tawaran kepada pembangkang untuk bekerjasama. Sama-sama lawan COVID-19.
Seribu kali malang, pelawaan Muhyiddin dikatakan rasuah dan kaedah orang terdesak untuk tumbang. Pelawaannya ditolak. Pembangkang seolah yakin, inilah masa untuk rampas kuasa. Inilah masa Anwar Ibrahim diangkat sebagai PM.
Tup tap tup tap, akhirnya Ismail Sabri diangkat sebagai PM, setelah mendapat undian tertinggi ahli parlimen dan diperkenankan Agong setelah raja-raja mesyuarat.
Gendang sindiran berbunyi. Bersatu dilihat parti gagal. Kini abang besar sudah dapat kerusi PM. Tapi sedar atau tidak, Bersatu solid menyokong Ismail Sabri walaupun calon ini dari UMNO.
Malahan UMNO sendiri yang bermain tarik tali, menyokong atak tidak sokong Ismail. Jelas, sesama mereka juga masih penuh hasad. Biarpun licik, namun parti yang terpalit dengan skandal rasuah benar-benar memberi beban untuk negara berperang dengan COVID-19.
Bersatu jelas, kemelut kestabilan perlu segera diselesaikan. Sebab itu mereka solid menyokong Ismail Sabri, biarpun berlainan parti. Dalam kemelut ini, Bersatu ambil sikap budiman. Bukan kalah! Tapi mengalah dan tabah untuk kemenangan negaranya melawan COVID-19.
Budiman kita dah jumpa. Licik pun kita dah tahu. Jadi, siapa yang bodoh?
Ketika Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai PM, penyokong Anwar Ibrahim terbahak-bahak puas di media sosial. Dengung khianat dibalas khianat jadi siulan anak reformasi.
Penyokong Anwar mula buat kerja. Selepas PM-8 letak jawatan, media sosial penuh dengan cerita kejayaan seorang Anwar Ibrahim menubuhkan 1001 yayasan. Kisah hidup penjara mula diulang main.
Harapan menggunung orang PKR bukan calang-calang. Mereka yakin Anwar makin dekat dengan kerusi PM. Tinggal duduk saja. Masing-masing tidur tersenyum mengenangkan bila bangun esok, Anwar Ibrahim jadi PM.
Maaf, saya tidak ada kata sifat selain bodoh untuk menggambarkan parti ini yang masih menyokong Anwar Ibrahim untuk 1000 tahun lagi.
Semangat, kebisingan, ucapan-ucapan berdegar disulam kata intelektual tidak menjadikan lelaki ini Perdana Menteri.
Sewajarnya, lelaki ini usahakan sokongan lebih 111 ahli parlimen ketika Istana minta bukti sokongan. Pastikan sokongan cukup, tidak ada yang tarik diri saat akhir. Buat kerja ini sungguh-sungguh – apa cara sekalipun tapi jangan kecoh-kecoh strong, formidable, convincing!
Tapi Anwar terus gagal!
Ketika segelintir manusia jenama PKR bermimpikan Anwar menurunkan harga minyak setelah menawan Putrajaya, satu Malaysia terbahak-bahak dengan dark humor PM tepi. – PPI
oleh Aman Ahmad