Berita | Selepas Anwar gagal jadi PM, kem PH mula berpecah

KUALA LUMPUR, 23 OGOS : Kegagalan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti untuk menjadi Perdana Menteri mula menimbulkan perpecahan dalam Pakatan Harapan (PH).

Beberapa pemimpin pemuda Amanah Kuala Lumpur semalam menyalahkan kepimpinan PH atas kegagalan gabungan itu mendapatkan cuma enam lagi ahli parlimen bagi membentuk kerajaan.

Dalam satu kenyataan media bersama, mereka berkata kegagalan itu semakin menghakis keyakinan orang ramai kepada PH serta kewibawaan pemimpinnya.

Malah, katanya, melakukan perkara sama berulang kali sambil mengharapkan hasil berbeza adalah bukan sikap pragmatik dan merugikan gabungan itu.

“Rakyat Malaysia berhak mendapat barisan pemimpin yang kompeten untuk mengemudi negara mengikut hala tuju yang sepatutnya dalam krisis seumpama sekarang.

“Pemimpin PH perlu kembali ke meja rundingan untuk mencari puncanya dan menyusun semula strategi.

“Pimpinan perlu bertanggungjawab atas kegagalan ini dan merombak struktur sedia ada untuk membuka khemah pembangkang yang lebih besar dan melunaskan semua cadangan dasar Covid-19 yang lebih konstruktif,” katanya.

Menurut mereka lagi, mereka yakin kegagalan mengambil alih pemerintahan baru-baru ini mesti menjadi pengajaran kepada pemimpin PH.

“Proses semak dan imbang yang efektif daripada suara kesatuan alternatif yang lebih jelas akan menjadi mercu harapan untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakyat terhadap kemampuan pembangkang mentadbir Malaysia dengan lebih baik,” katanya.

Kenyataan media itu dikeluarkan Ketua Pemuda Amanah Lembah Pantai, Zulhafiz Zulkifli, Hafizzuddin Razian (Kepong), Mohd Nur Fadhil (Bandar Tun Razak) dan Sheikh Khuzaifah Sheik Abu Bakar (Bukit Bintang). – PPI

kredit gambar: Finance Twitter pic

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: