Berita | DAP mula bengang dengan Anwar?

KUALA LUMPUR, 24 OGOS : DAP mula menunjukkan rasa tidak puas hati dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau sekali lagi gagal mendapat majoriti untuk menjadi Perdana Menteri baru-baru ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sejak beberapa hari ini mula menimbulkan persoalan sama ada Anwar ada kredibiliti untuk terus menjadi calon Perdana Menteri tunggal untuk Pakatan Harapan.

Tony menerusi media sosialnya sebelum ini menyatakan persetujuan dengan cadangan rentas parti yang dikemukakan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 13 Ogos lalu.

Bagaimanapun, pandangannya itu ditolak mentah-mentah oleh Anwar dan partinya, Parti Keadilan Rakyat.

Dalam sebuah posting Facebook tiga hari lalu, Tony menyatakan bahawa dijatuhkan daripada menjadi kerajaan pada Februari 2020 adalah sesuatu yang teruk, namun memainkan peranan dalam mengembalikan kuasa kepada UMNO adalah menuju kehancuran.

Kenyataan itu ditafsir netizen sebagai satu ‘teguran’ buat Anwar dan Pakatan Harapan kerana tindakan mereka menolak cadangan Muhyiddin telah menyebabkan perdana menteri baharu dipilih dari parti UMNO, iaitu Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Semalam pula, Tony sekali lagi menarik perhatian netizen apabila memuatnaik satu posting baharu berkaitan cerita kanak-kanak, ‘The Emperor’s New Clothes’.

Netizen kemudiannya membanjiri posting itu dengan mengaitkan ia kepada situasi Anwar yang dianggap sedang ‘mabuk’ dengan pujian dari orang sekeliling sehingga lupa melihat kelemahan diri yang perlu diperbaiki.

Keadaan Anwar itu, ulas netizen, adalah sama seperti Maharaja dalam cerita kanak-kanak berkenaan.

Seorang pengguna Facebook bernama Syndy Sim menulis, “Dalam gambar itu ada cermin. Isunya bukan cermin itu kerana cermin tidak menipu. Tetapi (yang menipu itu) orang-orang sekeliling yang ‘bodek’ dia.”

Seorang lagi pengguna yang menggunakan nama Teoh Kang Uei pula berkata, “Jangan beritahu Maharaja itu yang dia sedang bogel, tetapi ajar dia matematik.” – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: