Berita | Kira-kira 80% penduduk dewasa Malaysia berjaya divaksin
KUALA LUMPUR, 24 OGOS : Sebanyak 31,792,363 juta dos berjaya diberi kepada 18,476,589 penduduk Malaysia setakat 23 Ogos ini.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi perkongsian di Twitter pagi ini menunjukkan, seramai 13,315,774 juta penerima vaksin telah berjaya melengkapkan dua dos suntikan.
Perkembangan ini bermakna kadar vaksinasi populasi dewasa Malaysia telah mencapai lebih 78.9 peratus untuk sekurang-kurangnya satu dos.
Manakala 56.9 peratus daripadanya telah melengkapkan dua dos vaksin.
Malaysia mensasarkan 80 peratus penduduk lengkap menerima dua dos vaksin menjelang awal bulan Oktober nanti. – PPI