Berita | Masyarakat Cina sebulat suara tolak Anwar, apa kata Guan Eng?
KUALA LUMPUR, 24 OGOS : Pengundi kaum Cina di Malaysia kini mendesak ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara dan memberi peluang kepada generasi muda.
Laman berita inisabahbah.com hari ini melaporkan, desakan ini disebabkan Anwar berkali-kali menganggap dirinya ada majoriti untuk menjadi Perdana Menteri, namun gagal membuktikannya setiap kali mempunyai peluang.
Menurut laman itu lagi, semakan ke beberapa surat khabar berbahasa Cina menunjukkan pengundi Cina sudah hilang keyakinan dan menganggap Anwar sebagai punca Pakatan Harapan (PH) kekal menjadi pembangkang.
Akhbar China Press semalam memuatkan satu berita di posting Facebook tentang keputusan PH untuk mengekalkan Anwar sebagai ketua pembangkang dan calon perdana menteri tunggal.
Dalam berita itu, Anwar dilaporkan meminta rakyat menerima pelantikan Dato’ Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, dan memberi fokus penuh kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.
Permintaan Anwar itu adalah menerusi satu kenyataan bersama semalam yang turut ditandatangani Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Ia mendapat kecaman hebat netizen, yang rata-rata mengkritik dan membantah keputusan itu kerana dijangka membawa kehancuran kepada PH dalam pilihan raya.
Seorang netizen dengan nama Home Peace menulis, “Selamat tinggal kepada PRU ke-15.”
K Leong Sim pula menyatakan, “Sekiranya Anwar tidak berundur, PH hanya akan berpeluang sekiranya generasi muda diberi peluang memimpin.”
“Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu tidak harus lagi terikat dengan Anwar, kerana peluang bersama Shafie Apdal dan Mahathir Mohamad lebih cerah.” – Andy Kueh
“Bersaralah. Kamulah yang menyebabkan kekalahan ini. Kamu anggap seluruh negara terhutang jawatan PM kepada kamu. Tapi parti kamu sendiri pun tidak terurus. Bersaralah.” – Yeo Tiew Boon
“Inilah realiti politik. Kamu lebih sesuai balik rumah tanam betik.” – Siow X Sen
Biarpun nama Guan Eng turut termuat dalam kenyataan media tersebut, PeoplePostInsider mendapati ia tidak dimuatnaik di mana-mana laman media sosial rasminya.
Sedangkan, kenyataan media itu dimuatnaik Anwar dan Mohamad Sabu.
Timbul persoalan sama ada Guan Eng mula cenderung ke arah permintaan pengundi Cina, yang rata-ratanya mengundi DAP. – PPI