Rencana | Memperkasakan wanita gaya Zuraida
Wanita Bangkit Mendepani Cabaran jadi tema Hari Wanita Kebangsaan tahun ini. Peranan wanita bukan sikit dalam membangunkan anak bangsa. Justeru, setiap zaman, akan muncul tokoh yang mengangkat peranan wanita dalam kerangka lebih besar demi masyarakatnya.
Kini, jika bercakap tentang agenda memperkasakan wanita, pasti imej Zuraida Kamaruddin berlegar di kepala kebanyakan kita, khususnya kaum wanita.
Membawa agenda kepimpinan wanita bukan perkara baru bagi Zuraida. Sebelum menerajui KPKT lagi, beliau telah mainkan peranan yang bukan sedikit untuk mengangkat wanita dalam kepimpinan.
Bermula sebagai aktivis, ahli politik, ahli parlimen dan kemudiannya sebagai menteri, beliau masih teguh bersama usul perjuangan, iaitu wanita di Malaysia harus diberikan pembelaan dan pemberdayaan sewajarnya.
Agenda pemberdayaan wanita terus diangkat apabila beliau dilantik sebagai menteri, sekali gus mengusulkan 30 peratus ahli majlis diberikan kepada golongan wanita.
Komitmen Zuraida jelas, antaranya mengangkat martabat wanita diterjemahkan menerusi penyertaan beliau dalam Sidang Kemuncak Women Political Leaders (WPL 2019) di Tokyo, Jepun pada 25 hingga 27 Jun lalu.
Malah, sejak 2017, Zuraida dipilih menjadi duta mewakili kerajaan bagi menghadiri WPL dan sudah menghadiri empat daripada tujuh persidangan itu yang dimulakan pada 2014.
Jadi, inilah cara Zuraida Kamaruddin memperkasakan wanita khususnya dalam kepimpinan politik.
Tidak hanya fokus pada partinya, Zuraida juga mahu lebih ramai wanita dari parti lawan untuk sama-sama aktif.
Begitulah Zuraida, action beyond politics. – PPI