Berita | Agong perkenan persembahan senarai baru jemaah kabinet

KUALA LUMPUR, 16 OGOS : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu daripada YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakon di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang hari ini.

“Pada sesi menghadap yang berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula jam 11.00 pagi ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu dari YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 21 Ogos 2021 lalu,” menurut kenyataan Istana Negara.

Menurut kenyataan Istana Negara, ini adalah sesi menghadap kali kedua selepas berlangsungnya sesi menghadap yang pertama pada 21 Ogos 2021 yang lalu.

“Sesi menghadap yang pertama telah berlangsung selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia beliau sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada 21 Ogos 2021 lalu,” kata kenyataan itu.

Agong juga berkenan mengurniakan santapan tengah hari kepada YAB Perdana Menteri selepas sesi menghadap selesai pada jam 12.30 tengah hari tadi. – PPI

kredit foto: Istana Negara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: