Berita | Kes kematian Covid-19 KL tunjuk trend menurun

KUALA LUMPUR, 26 OGOS : Jumlah kematian kes Covid-19 di Kuala Lumpur turun berturut-turut di bawah paras 20 kes harian sejak lima hari lalu.

Kes kematian dicatatkan pada 21 Ogos adalah sebanyak 18 kes, 22 Ogos (15 kes), 23 Ogos (9 kes), 24 Ogos (10 kes) dan 25 Ogos (18 kes).

Baru-baru ini, Kuala Lumpur telah berjaya mencapai sasaran lebih 85% penduduk dewasa divaksin lengkap dua dos, berdasarkan pengumuman oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

“Alhamdulillah Kuala Lumpur berjaya mencapai 85% vaksinasi penduduk dewasa. Berdoa semoga keadaan di wilayah persekutuan ini bertambah baik,” katanya dalam sebuah hantaran di laman Twitter.

Selangor bagaimanapun, masih menunjukkan angka kes kematian Covid-19 tertinggi apabila menjadi satu-satunya negeri mencatatkan kes melebihi paras 100 kes iaitu dengan 105 kes, semalam. – PPI

kredit foto: EPA-EFE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: