Berita | Kes positif Covid-19 KL turun, kes keseluruhan tertinggi
KUALA LUMPUR, 26 OGOS : Kes positif harian Covid-19 di Kuala Lumpur turun di bawah angka 1000 kes iaitu sebanyak 881 kes setakat jam 4 petang hari ini.
Walau bagaimanapun, menurut laporan di laman rasmi FB Kementerian Kesihatan Malaysia, jumlah kes harian keseluruhan hari ini adalah yang tertinggi pernah dicatatkan, iaitu sebanyak 24,599 kes.
Kes kematian juga adalah paling tinggi pernah dicatatkan iaitu 393 kes berbanding 360 kes kematian pada 8 Ogos lalu.
Selangor berada di tangga tertinggi dengan 6,936 kes positif harian Covid-19.
Ini diikuti oleh Sabah (3,487 kes), Johor (2,785 kes), Pulau Pinang (2,078 kes) dan Sarawak (2,024 kes) masing-masing melebih paras 2,000 kes positif harian Covid-19. – PPI
kredit foto: Reuters