Berita | Padah cuba alih penghadang konkrit sempadan kampung

LIPIS – Tindakan cuba mengalihkan penghadang konkrit di sempadan antara Kampung Jerkoh (Lipis)-Ulu Raub (Raub) pada Rabu mengundang padah selepas tiga individu dikenakan kompaun masing-masing sebanyak RM1,500.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, dua lelaki berusia 31 tahun dan seorang wanita berusia 43 tahun itu berada di hadapan batu penghadang tersebut kira-kira jam 6 petang.

Menurutnya, ketika sedang melakukan rondaan, anggota bertugas ternampak sebuah kereta jenis Perodua Kelisa warna kelabu diletakkan di hadapan penghadang tersebut dan ketiga-tiga individu itu cuba mengalihkannya.

“Anggota bertugas telah menghampiri dan memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa polis.

“Kesemua individu telah ditahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bawah Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPPB) 2021,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, penahanan itu kerana tiada alasan munasabah dan individu terbabit gagal memastikan penjarakan fizikal.

“Kesemua individu dikenakan kompaun RM1,500 seorang dan kita meminta orang ramai mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” jelasnya. – SINAR HARIAN

oleh ROSILAWATI ROSEDI

kredit foto: Sinar Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: