Berita | Perlis capai imuniti kelompok Oktober

KANGAR: Perlis akan mencapai imuniti kelompok pada Oktober ini jika bekalan vaksin COVID-19 tiba mengikut jadual.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Asli dan Alam Sekitar, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Kesihatan negeri, Teh Chai Aan, berkata sehingga 11 Ogos lalu, seramai 89,904 atau 35.1 peratus individu di Perlis sudah lengkap menerima dua suntikan dos vaksin COVID-19.

Katanya, seramai 127,340 atau 50 peratus rakyat Perlis daripada keseluruhan 254,900 orang pula sudah menerima suntikan sekurang-kurangnya satu dos.

“Penduduk dewasa berusia 18 tahun ke atas dianggarkan 181,200 atau 70.3 peratus sudah mendapatkan suntikan dos pertama vaksin COVID-19, manakala 49.3 peratus pula sudah lengkap menerima dua dua dos vaksin.

“Peratusan pendaftaran vaksin bagi populasi 18 tahun ke atas sebanyak 87.8 peratus.

“Selain itu, peratusan bagi populasi berusia 60 tahun ke atas pada kadar 88.9 peratus,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Ke-14, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri, Mohd Shukri Ramli (PAS-Sanglang), Asrun Nizan Abd Jalil (PKR-Sena) dan Nor Azam Karap (PKR-Kuala Perlis).

Mereka bertanya jumlah rakyat Perlis yang sudah menerima vaksin serta jangkaan tempoh bagi Perlis untuk mencapai imuniti berkelompok, semasa sesi soalan lisan. – BH ONLINE

oleh Aizat Sharif

kredit foto: UTUSAN/NAZLINA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: